UMNO Kelantan Sudah Kekeringan Isu

sh260609Kota Bharu – Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menyebut istilah komunis dan sosialis bermaksud perjuangan sekular yang dibawa oleh UMNO bertentangan dengan Islam.

“Kenyataan itu tidak bermaksud UMNO itu komunis. Jika Pemuda UMNO ingin menafikan mereka tidak menentang Islam, mengapa dasar UMNO sebagai parti  memerintah tidak menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan tertinggi seperti PAS.

“Sebenarnya, Pemuda UMNO khususnya di Kelantan dan UMNO sendiri secara keseluruhannya sudah kekeringan isu untuk diketengahkan dalam menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai 14 Julai ini,” katanya dalam kenyataan dalam Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pendirian  pemuda UMNO Kelantan yang tidak mengiktiraf Nik Abdul Aziz sebagai ulama dianggap sebagai percubaan menafikan hakiakat sebenar yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Katanya, pendirian Pemuda UMNO diyakini tidak akan mendapat sambutan berikutan rakyat tanpa mengira fahaman parti politik menerima ketohoan Nik Abdul Aziz sebagai ulama.

Abdul Latiff berkata,Pemuda UMNO perlu sedar Nik Abdul Aziz sudah memegang jawatan Menteri Besar selama 19 tahun sehingga hari ini.

“Dalam tempoh hampir dua dekad ini, pelbagai perubahan dilakukan sesuai dengan moto kerajaan negeri, Membangun Bersama Islam. Ini  diakui bukan shaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Jika UMNO berhasrat untuk melaksanakan Islam, apakah jawapan mereka terhadap isu sekatan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, penghapusan tulisan jawi yang melahirkan generasi buta al-Quran dan langkah mengeluarkan lesen judi yang baru. Adakah semua ini dibenarkan di dalam Islam,” katanya.

Menurutnya, isu mengenai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz yang diketengahkan UMNO sekalipun menyedari ia tidak mendapat sambutan masyarakat.

Katanya, mungkin bagi mereka tokoh-tokoh pimpinan mereka yang bergelut dengan isu dan skandal layak digelar ulama.

Sumber : Sinar Harian, Jumaat 26 Jun 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: