Dato’ Ibrahim Ali Diminta Menarik Balik Kenyataan – Ketua Penerangan DPPKPM

28 Disember 2008 – Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, YB Datuk Paduka Ibrahim Ali diminta menarik balik kenyataan yang menyatakan bahawa PAS telah berubah prinsip di dalam memperjuangkan Islam seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Ini kerana kenyataan tersebut merupakan satu tanggapan yang salah terhadap PAS dan tidak sepatutnya lahir dari seorang wakil rakyat yang menang dengan menggunakan lambang PAS, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari.

 

Menurutnya lagi, Ibrahim yang turut menyifatkan bahawa PAS dan DAP umpama kucing dengan tikus di mana DAP ialah kucing dan PAS ialah tikus seolah-olah ingin meletakkan dirinya sebagai seorang pejuang Melayu yang tulen dengan menolak terus kerjasama PAS dengan DAP di dalam membentuk kerajaan di Perak dan Selangor.

 

”Ibrahim perlu sedar bahawa PAS tidak pernah berundur daripada hasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan ia telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu. Tetapi yang menjadi penghalang ialah kerajaan pusat yang ditunjangi ileh UMNO. Peliknya, Ibrahim meminta supaya PAS menerima tawaran UMNO untuk bekerjasama. Jika demikian, tidakkah PAS juga akan menggadaikan prinsipnya?”. ujar beliau lagi.

 

”Tidakkan Ibrahim menyedari bagaimana kerajaan PAS Kelantan saban tahun mengadakan hari hudud bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat pendedahan dari masa ke semasa mengenai undang-undang ini? Cuma di dalam keadaan sekarang di mana Pakatan Rakyat tidak menguasai kerajaan Pusat, apa gunanya PAS terus menerus menyuarakan hasrat sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang boleh ditangani di lima negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat? PAS tidak seperti UMNO yng gemar beretorik tetapi tidak pernah mempunyai kesungguhan untuk melaksanakannya.”

 

”Seelok-eloknya, Ibrahim kembalilah semula ke pangkuan UMNO yang sedang nazak itu kalau PAS sudah dianggap menggadaikan prinsip,” katanya lagi.

Advertisements

Sepasang Kasut Yang Menggemparkan Dunia!

 

Kalau anda pernah menonton filem Children of Heaven yang diterbitkan apda tahun 1998, anda tentunya dapat merasai sentuhan hati yang dicetuskan hanya oleh sepasang kasut. Ternyata filem ini yang perbelanjaanya tidaklah sebesar filem Puteri Gunung Ledang (PGL) yang hebat itu, namun ia mampu menggegarkan dunia filem dengan memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Berbanding dengan filem PGL yang penuh dengan adegan berkemban, namun tidak punya sebarang nilai untuk dikongsi bersama masyarakat. Children of Heaven boleh dirujuk di sini.

  Continue reading

Ijtima’ dan Majlis Hari Raya Aidiladha Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan

Ijtima’ dan Majlis Hari Raya Aidiladha Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan

11 Disember 2008

Tempat : Markaz Dewan Ulama PAS Kelantan (MADU), Machang

Perasmian : Ybrs Ustaz Muhammad bin Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

Penutup : YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

Panelis Forum :

YB Ustaz Mohd Amar bin Abdullah

YB Ustaz Muhammad bin Mustafa

Pengerusi : Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari

Forum Aidiladha

Pendengar

04

Hadirin

 

 

 

Ceramah Aidiladha Ijtima’ Korban MTD Tanjung Mas

9 DISEMBER 2008

MAJLIS IJTIMA’ KORBAN DUN TANJUNG MAS

DISEMPURNAKAN OLEH : YB KAKNI

JUMLAH KORBAN : 4 EKOR LEMBU

SASARAN : INDIVIDU YANG BERKELAYAKAN DI DALAM DUN TANJUNG MAS

Ceramah

CERAMAH AIDIL ADHA

02

03

Salam Aidiladha

SELAMAT MENYAMBUT EID ADHA 1429H KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA PENGORBANAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH

BUAT TETAMU-TETAMU ALLAH DI BUMI HARAM, HAJJAM MABRUR WA SA’YAM MASYKUR

Zulhijjah Yang Menggamit Kenangan

bitoqoh

“Esok anta buat pemeriksaan kesihatan, dapatkan suntikan dan jangan lupa gambar pasport beberapa keping. Tahun ini anta akan pergi haji..” Ringkas kata-kata Dr Johari Mat, Ketua Eksekutif KIAS di hujung talian benar-benar membuat saya terkejut. Benarkah ini? Atau hanya satu mimpi?

”Pemergian ini percuma, ditaja oleh kerajaan Saudi”, penerangan beliau meyakinkan lagi saya bahawa benar-benar Allah SWT telah memilih saya untuk menjadi tamuNya pada tahun tersebut, 1428 Hijrah. Bertamu di bumi suci adalah sesuatu yang sangat diimpikan tentunya oleh setiap muslim, apatah lagi kalau pemergian itu percuma.

Continue reading

Kami Akan Teruskan Peperangan Ini…

Kami akan meneruskan peperangan bersama mereka

Kami semua akan terus melawan mereka

Kami akan mengembalikan hak yang telah tercabul

Dengan segala kekuatan, kami akan menentang mereka

 

Dengan bersenjatakann hak yang telah dinafikan,

Kami akan membebaskan bumi itu agar merdeka,

Kami akan mengembalikan kesucian kepada al-Quds,

Selepas segala kehinaan dan keaiban

 

Kami akan meneruskan penghancuran mereka

Dengan segenap tenaga kita mengekang mereka

Membersihkan segala keaiban dengan tangan-tangan kita

Dengan sepenuh kekuatan kita melawan mereka

 

Tidak akan kita redha seinci tanah terjajah

Tidak akan kita tinggalkan selangkah tanah yang terhina

Bumi akan bergegar menghancurkan mereka

Menjadi gunung berapi yang akan membakar mereka…

 

ALLAHU AKBAR!