Jangan pandang rendah pada BN – Nasrudin

utusan270609

Kuala Lumpur 26 Jun – Dewan Pemuda PAS mengingatkan semua jenteranya yang terllibat dengan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berasa selesa atau memandang rendah keupayaan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebaliknya jentera yang dilancarkan pada 19 Jun lalu itu harus meletakkan saingan antara PAS dan BN pada kedudukan seimbang supaya gerak kerja pilihan raya sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.

Beliau berkata, meskipun PAS yakin boleh mempertahan kerusi itu, ia bukan bermakna jentera PAS khususnya Pemuda boleh mengabaikan tugas mereka.

“Dalam pilihan raya macam-macam keputusan boleh berlaku. Itu yang menyebabkan saya meletakkan peluang antara  PAS dengan BN di Manek Urai seimbang 50-50 supaya kita sentiasa bersiap sedia.” Katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Manek Urai merupakan kubu kuat PAS dan parti itu tidak pernah tewas sepanjang sejarah  pilihan raya di negara ini kecuali pada 2004.

Bagaimanapun pada 2008, kerusi itu kembali kepada PAS, apabila Ismail bertanding  semua dan menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengam majoriti 1,352 undi.

Pada 22 Mei lalu, Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kerana pelbagai komplikasi jantung.

sumber : Utusan Malaysia, 27 Jun 2009

Hari Terbuka PASTI As-Sobirin, Manek Urai 27 Jun 2009

01

Calon PAS N41 Manek Urai, Haji Fauzi menyampaikan ucapan
02

Pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak

03

Sebahagian pendengar yang hadir

05

Kanak-kanak bakal pewaris kepimpinan ummah

Pilih Untuk Bersama Islam, Petanda Rakyat Bijak

sh270609

Manek Urai – Rakyat Manek Urai tidak mempunyai pilihan lain kecuali terus bersama Islam yang menjadi tunjang perjuangan PAS dalam memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 144 Julai ini.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan berkata, pengundi tidak ada alasan apabila keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu nanti selain menerima dan memilih Islam kerana ia adalah pilihan yang terbaik.

“Kita kena pilih Islam kerana (pilihan) ini yang akan membuatkan kita lebih cerdik daripada orang lain sebab kita buat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan.

“Jadi, rakyat Manek Urai tidak ada alasan atau pilhan lain pada pilihan raya kecil nanti kecuali memilih PAS, sebuah parti yang berjuanga menegakkan Islam, ” katanya.

Wan Azimin yang juga Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Belia dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Unit Peti Undi (UPU) Peria dekat sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zain dan berisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kota Bharu yang bertindak sebagai Pemuda Pembantu di UPU berkenaan.

Wan Azimin berkata, berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, aliran menolak Barisan Nasional (BN) kini sudah ‘memasuki’ fikiran rakyat negara ini terutama golongan muda.

Jutseru, katanya tidak ada sebab untuk rakyat Manek Urai termasuk pengundi muda memberi isyarat mereka menolak kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS pada pilihanraya kecil DUN itu.

Beliau berkata, selepas mula mengambil alih pemerintahan pada 1990, kerajaan negeri di bawah PAS terbukti mampu mentadbir negeri ini dengan baik walaupun dengan bajet yang kecil termasuk bajet tahun ini yang hanya berjumlah RM360 juta.

Katanya, biar pun tidak seperti negeri lain di bawah BN yang mempunyai bajet berbilion ringgit, kerajaan negeri pimpinan PAS masih mempu memperkenalkan pelbagai program kebajikan rakyat seperti Takaful Kifalah, Takaful Armalah dan Tabung Pesakit Kronik.

Sumber : Sinar Harian, 27 Jun 2009

Mohd Fauzi Calon PAS

fauzi

Sumber : Berita Harian, 27 Jun 2009

Sekitar Majlis Pengisytiharan Calon N41 Manek Urai

15“UMNO marah ambo kato dio supo komunis… pahtu nok suruh kato supo gapo?”

02YB Baihaqi selaku pengerusi memulakan majlis

17

“Kito ni cik Lim sumo hambo tuhan belako…”

14

13

12Dua orang Tuan Guru kesayangan

11

10

09

07

YB Abdul Fatah Harun, YB Ustaz Latiff Abd Rahman, YB Ustaz Nasaruddin Daud

08

YB Baihaqi selaku pengerusi majlis

06

03

04

05

18ni tok wakil ambo… YB Dr Muhammad Daud, ADUN Tendong

01