Isu Sejadah Berdiri

Umat Islam diseru agar menjauhi kepercayaan khurafat dan tahyul apabila berlakunya kejadian-kejadian yang didakwa luar biasa dan pelik di dalam masyarakat. Tambahan pula jika kejadian tersebut belum pasti merupakan kejadian yang benar-benar berlaku atau hanya merupakan perbuatan manusia yang bertujuan mahu menggemparkan masyarakat.

Seruan ini berikutan kejadian beberapa sejadah yang berdiri yang dilaporkan berlaku di musalla sebuah sekolah di Pasir Mas semalam. Menurut, Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri, Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, perkara-perkara yang pelik dan menyalahi hukum adat manusia sewajarnya tidak perlu disebarkan dengan meluas kerana ia hanya akan mengakibatkan kontroversi yang tidak berfaedah dan dibimbangi boleh menyebabkan perbuatan khurafat di dalam masyarakat.

“Islam mengajar dengan jelas bahawa setiap berita hendaklah diselidiki terlebih dahulu sebelum dipercayai dan disebarkan. Di dalam isu ini, saya yakin banyak kemungkinan lain boleh berlaku termasuklah perbuatan manusia yang sengaja ingin mencetuskan suasana yang gempar dan kontroversi.”, katanya.

“Di dalam masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kekuasaan Allah SWT yang boleh mengizinkan perkara-perkara ghaib seperti ini atau yang lebih ajaib berlaku. Begitu juga dengan kekuatan ilmy sihir atau makhluk halus yang kadang-kala boleh mendatangkan kean terhadap fizikal dengan izin Allah.”

“Bagaimanapun, janganlah seseorang muslim itu menunggu untuk berlaku perkara-perkara seperti ini untuk beriman dan mengkagumi kehebatan Allah SWT. Sebenarnya, dengan mengkaji ayat-ayat al-Quran dan merenung kehebatan penciptaan alam semesta sudah cukup untuk seseorang beriman kepada Allah SWT. Lantaran itu, tidak perlulah disebarkan sangat kejadian-kejadian seperti ini kerana tidak ada sebarang manfaat yang jelas daripada penyebarannya.” Ujar beliau lagi.

Semalam, agensi-agensi berita melaporkan bagaimana warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat. Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya.

Kejadian itu menyebabkan kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat.

One Response

  1. Salam perjuangan..

    Makin menjadi cerita sejadah ni..harap pihak media berhentikan cerita yang tak betul ni..keluarkan satu cerita yang benar agar umat islam tidak sesat dari benda yang khurafat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: