Barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009/2011

16 Jun 2009 – Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat yang diumumkan oleh Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

dppp-kel

Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani

Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad

Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil

Bendahari : Mohd Adram Musa

Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat

Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih

1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik

1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Gambar : AJK DPPP dari Kelantan, Atas – Nik Abduh, Tengah – Zamakhshari, Bawah – Zuraidin Abdullah

Raja Provokasi Ialah UMNO

SH160609-2

Tertarik saya membaca kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian di dalam Sinar Harian pada hari ini (16 Jun 2009). Beliau yang baru saja dilantik oleh Khairy Jamaluddin memegang jawatan tersebut dilaporkan mengecam hebat apa yang kononnya diucapkan oleh pemimpin PAS berkenaan dengan ungkapan ‘bertumpah darah’.

Sehingga hari ini, UMNO masih gagal membuktikan siapakah yang mengucapkan kata-kata itu. Kenapa bermula dengan Mustapha Muhammad seterusnya diikuti dengan beberapa orang pemimpin UMNO yang mengulas isu ini, tidak ada seorangpun yang berani menamakan pemimpin PAS yang dikatakan mengungkapkan kata-kata itu. Takut disamankah? Kalau demikian, kenapa pula tidak malu melemparkan tuduhan sembrono?

Cuma saya tertarik apabila Anuar Safian menyatakan bahawa provokasi yang dilakukan boleh menyebabkan ketegangan dan suasana tidak selesa. Baguslah kalau Anuar Safian telah insaf bahaya provokasi. Cuma janganlah dilupa sangat bahawa UMNO lah yang merupakan parti yang tegak bersama dengan provokasi. Anuar Safian kalau benar tidak berkenankan provokasi, marilah bersama-sama dengan PAS.

takkan Anuar Safian tak kenal sedara kita ni?








yang ini dinamakan perdamaian, bukan provokasi

tindakan mulia puteri UMNO….