Munajat Hamba di Pantai Bachok

Seketika di Tok Bali, Pasir Puteh

Pada mengenang pemergian Dr Rantisi… 17 April 2004

Ramai doktor di muka bumi ini dengan pelbagai kepakaran masing-masing, tetapi sangat sedikit di antara mereka yang hafal Al-Qur’an dan merindukan syahid di jalan Allah, di antara yang sedikit itulah ada seorang doktor bernama Abdul Aziz Rantisi. Dr Abdul Aziz Rantisi lahir pada tanggal 23 Oktober 1947 di desa Bina, terletak di antara Askalan dan Yafa. Memiliki nama lengkap Abdul Aziz Ali Abdul Hafidz Ar Rantisi merupakan seorang doktor pakar kanak-kanak yang pernah bertugas di Hospital Naser, di kawasan Kamp Khan Yunis, Jalur Gaza pada tahun 1976.

Beliau aktif dalam pelbagai organisasi diantaranya sebagai anggota Komite Islam, Organisasi Kedoktoran Arab di Semenajung Gaza. Menjadi Dekan di Universiti Islam Gaza sejak dibuka pada tahun 1987 dengan mengajar subjek Ilmu Genetik dan Parasit.

Abdul Aziz Rantisi merupakan anak murid kepada Syekh Ahmad Yasin, tokoh spiritual, HAMAS sebuah qiyadah pejuang Palestine yang  melawan penjajah Zionis Israel di abad moden ini. Di bawah bimbingan Syekh Ahmad Yasin, Abdul Aziz Rantisi dapat memahami erti kehidupan dan perjuangan untuk meraih kejayaan dan keberuntungan yang sebenarnya, tegar dalam menghadapi cubaan, tidak terbuai dengan godaan dunia dan yang lebih penting lagi adalah cita-citanya untuk mati syahid.

Beliau pernah dipenjara di Kaffar Yunah bersama Sang Guru, Syekh Ahmad Yasin dan beberapa pejuang Palestine yang lain dari Hamas. Di penjara tersebut Abdul Aziz Rantisi melakukan muraja’ah (mengulang) Al-Qur’an yang sudah hafal diluar kepalanya sejak tahun 1990. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Untuk merealisasikan cita-citanya untuk mati syahid, selain berdo’a, beliau berjuang dengan ikhlas, tidak cinta dunia, tidak takut kepada siapapun kecuali kepada Allah, tidak mahu kompromi dengan Zionis Israel, penjajah yang akan menghancurkan masjid Al-Aqsa, kiblat umat Islam pertama.

Ketika Syekh Ahmad Yasin syahid, Isnin, 22 Mac 2004 yang dibunuh oleh penjajah Zionis Israel. Maka beliau telah terpilih menggantikan Syeikh Ahmad Yassin untuk mengisi kekosongan kepemimpinan Hamas. Beliau memikulnya dengan penuh tanggung jawab dan amanah. Beliau sebagai pemimpin pengganti Syekh Ahmad Yasin sangat berhati-hati terhadap wang atau material dan amanah merupakan sebahagian dari hidupnya, sehingga beliau  sangat dipercayai oleh pengikut dan pendukungnya.

Ada kata-kata hikmah yang menjelaskan Tiada Tsiqah Tanpa Amanah, ertinya bagaimana mungkin seseorang akan tsiqah (percaya) kalau orang yang diberi amanah apalagi sebagai pemimpin dalam bermuamalah dengan anggota atau umat tidak amanah, berbohong, bersilat lidah untuk memperkaya diri atau menyelamat diri sendiri.

Syekh Abu Bakar Al-‘Awawidah, anggota Rabithah Ulama Palestine di Syira ketika berkunjung ke Indonesia, tepatnya pada hari Jum’at, 28 September 2007/17 Ramadhan 1428H bercerita kepada penulis tentang saat-saat terakhir kehidupan Dr. Abdul Aziz Rantisi setelah dihentam roket penjajah Zionis Israel, Ketika badannya dipenuhi darah, keadaan  dirinya yang sudah mulai agak lemah, beliau (Abdul Aziz Rantisi) menunjuk ke poket seluarnya, pengawalnya tidak faham apa maksudnya, setelah tangan pengawalnya dimasukkan ke poket seluar Dr. Abdul Aziz Rantisi nampaklah beberapa wang, Dr. Abdul Aziz Rantisi dengan kondisi tubuh yang sudah lemah meyampaikan pesan kepada pengawalnya, berikan wang tersebut kepada si fulan, Subhanallah, Allah memberikan kesempatan dan peluang kepada Dr. Abdul Aziz Rantisi untuk meninggalkan dunia tanpa beban dan hutang serta menunaikan amanah untuk disampaikan kepada yang berhak.

Bahkan sehari sebelum dibom dengan roket penjajah Zionis Israel, beliau sudah mengambil wang tabung gajinya selama mengajar di Universiti Islam Gaza dan menghitung hutang yang akan dilunasnya. Termasuk beliau memberikan bantuan untuk biaya pernikahan anaknya, Ahmad. Setelah itu beliau berkata, ”Sekarang, jika saya menemui Tuhanku, maka aku dalam keadaan bersih. Saya tidak memiliki apa-apa dan tidak ada tanggungan apa-apa.”

Pada hari Sabtu, 25 Shafar 1425/ 17 April 2004, doktor yang rindu syahid, Dr. Abdul Aziz Rantisi dibom oleh zionis Israel, Innalillahi wainna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali), QS: Al-Baqarah 2: 156, maka tercapailah keinginannya seperti kalimat yang pernah dia ucapkannya: Kita akan mati suatu hari nanti, tiada apa yang dapat mengubahnya. Jika maut disebabkan Apache (helikopter tempur buatan Amerika) atau serangan jantung, saya lebih rela memilih Apache…”

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.(QS: Ali Imran/3: 169). H.

Abuhasif

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/tha/8414182246-mengenang-rantisi-dokter-rindu-syahid.htm

Fitna – Schism (The Bible version of Fitna)

Ada juga manusia seperti ini….

Pelbagai perasaan berkecamuk apabila membaca berita hari ini (13 April 2008). Kisah seorang budak lelaki berumur 10 tahun ditinggalkan berseorangan di rumah sewanya oleh si ibu hamper setahun lalu. Hidup terkontang-kanting keseorangan mengharapkan bantuan jiran untuk terus hidup…. Sudah hilangkah sifat perikemanusiaan seorang ibu..? Bagaimana si anak mahu teruskan hidup dalam kerinduan kepada si ibu yang sudah sekian lama tidak pulang..? Ikuti kisahnya…

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20080412234115/Article/index_html

————-

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak, JH Yeap, 10, terpaksa hidup berdikari dengan tinggal seorang diri di rumah sewa di pangsapuri Feringgi Mutiara di sini, sejak lebih setahun lalu.

Nasib Yeap yang ditinggalkan ibunya di rumah sewa yang serba kekurangan di tingkat sembilan pangsapuri itu, ibarat kisah filem Hollywood, Home Alone.

Bagaimanapun, bezanya, watak kanak-kanak di dalam cerita itu lebih bernasib baik kerana tinggal di rumah yang serba lengkap dengan kelengkapan asas.

Yeap pula umpama ‘tikus’ yang tinggal bersama longgokan bahan buangan, antaranya pakaian tidak bercuci, longgokan akhbar lama, topi keledar, kotak kosong dan pelbagai lagi.

Serambi rumahnya pula dipenuhi najis burung merpati yang membuat sarang sekali gus menyebabkan rumah berkenaan berbau busuk.

Kediaman yang disewa tetapi dipercayai tertunggak beberapa bulan itu selepas ibu Yeap menghilangkan diri juga tidak mempunyai perabot seperti katil, kerusi dan meja.

Ini menyebabkan Yeap tidur di atas timbunan sampah dan keadaan itu berlarutan sejak setahun yang lalu. Sepanjang ditinggalkan ibunya yang didakwa bekerja di ibu negara, Yeap terpaksa bergantung hidup pada ehsan jiran tetangga untuk makan minum.

Yeap ketika ditemui berkata, ibunya akan memasukkan wang antara RM20 dan RM30 untuk perbelanjaan selama seminggu ke dalam akaun bank yang akan dikeluarkannya melalui mesin juruwang automatik (ATM).

“Biasanya, ibu akan telefon setiap dua minggu sekali,” katanya sambil menunjukkan telefon bimbitnya tapi Yeap mula dihimpit kebimbangan berikutan tidak menerima panggilan daripada ibunya sejak dua minggu lalu.

Yeap juga mengakui sudah lama ponteng sekolah walaupun sebelum ini turut belajar di sekolah aliran Cina yang terletak berhampiran rumahnya.

Katanya, dia begitu rindu dengan kelas dan teman sekolahnya tetapi akibat tiada dorongan, dia terpaksa ponteng sekolah.

Namun, katanya, nasib dirinya agak baik kerana mendapat perhatian daripada beberapa jiran yang sering membawanya pulang dan memberi makan minum.

“Saya kini tinggal bersama jiran. Mereka baik, mereka beri makanan dan minuman. Mereka banyak bantu saya,” katanya dengan nada sebak dan mengakui merindui ibunya.

Mengikut seorang jiran Yeap yang enggan dikenali, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan membuat lawatan ke rumah kanak-kanak itu hari ini selepas ada jiran yang bersimpati membuat aduan ke jabatan itu.

Katanya, keluarga Yeap tidak begitu dikenali penghuni pangsapuri berkenaan kerana tidak bergaul dengan mereka.

Berita Minggu difahamkan, ibu mangsa menghadapi masalah keluarga menyebabkan keadaan Yeap terabai sekian lama manakala identiti bapanya tidak diketahui.

Wajarkah Berpolitik di Masjid?

Seringkali terdengar pertikaian di antara jemaah masjid berikutan isi kandungan tenaga pengkuliah yang dikatakan menyentuh isu politik. Ditambah dengar bahang pilihanraya umum ke12 yang masih lagi terasa, sentimen politik kepartian ternyata masih menebal khususnya di kalangan rakyat Kelantan yang terkenal dengan budaya berpolitik yang hebat.Soalnya, wajarkah masjid digunakan sebagai pentas untuk menyuarakan pandangan politik?

Secara objektif, mari kita menilai peranan masjid di dalam Islam. Adakah masjid hanya sebagai lokasi untuk mengerjakan solat semata-mata? Atau lebih dari itu sebagai destinasi untuk lawatan sekiranya dibina dengan begitu hebat dan ditambah pula dengan lokasinya yang terletak dengan tengah pulau (sebagai contoh)? Bagaimanakah cara Rasulullah SAW memaksimakan peranan masjid? Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Sesiapa yang mengunjungi masjid dalam keadaan tiada apa yang diingini melainkan untuk mempelajari sebarang kebaikan atau mengajarkannya, sebagaimana seorang mujahid di jalan Allah yang pulang dalam keadaan kaya raya (dengan harta rampasan). (Riwayat Malik).

Demikianlah besarnya kelebihan masjid yang dikunjungi untuk mempelajari ilmu atau menyebarkannya. Oleh yang demikian, masjid yang hanya digunakan untuk solat berjemaah semata-mata sebenarnya tidak menepati fungsi masjid yang sebenar. Lantas, apakah yang boleh dikatakan kepada masjid yang sunyi dari sebarang kuliah maghrib? Tidakkah wujud masjid yang besar dan cantik, tetapi tiada yang berada di dalamnya khususnya di antara maghrib dan isyak kerana ketiadaan majlis ilmu kecuali beberapa kerat golongan warga emas yang menunggu waktu dipanggil Allah?

Oleh yang demikian, masjid tidak dapat tidak perlu menjadi pusat penyebaran ilmu di kalangan masyarakat Islam. Persoalannya, isu yang bagaimana boleh disentuh? Kita menyatakan, bilakah pula Islam meletakkan batasan dan pemisahan terhadap ilmu sehinga ada isu-isu yang terkeluar dari pandangan Islam. Islam adalah satu cara hidup yan lengkap dan syumul. Setiap isu yang berlaku di tengah masyarakat perlu ditangani dengan penyelesaian yang tidak bertentangan dengan Islam. Lantas, memisahkan Islam dan masjid dari isu politik tidak lebih dari satu usaha sekularisasi moden yang mula tumbuh melalui mimbar masjid!

Walaupun demikian, perlulah diingat bahawa masyarakat Malaysia terdiri dari ahli pelbagai parti politik termasuklah jemaah yang datang ke masjid. Menyebut nama parti politik secara langsung kadang-kadang boleh membina halangan di antara pengkuliah dengan pendengar yang akhirnya tidak akan menambah kebaikan melainkan menyebabkan si pendengar yang berlainan fahaman politik semakin lari dari masjid. Ditambah pula dengan sikap sesetengah pengkuliah yang gemar mengunakan perkataan-perkataan yang agak ‘pedas’ dan menyakitkan telinga membenihkan lagi rasa kebencian di kalangan jemaah. Oleh yang demikian, perlulah penerangan diberikan dari masa ke semasa menerusi bahasa yang berhemah dan berhikmah agar mesej yang ingin disampaikan berjaya juga diterima akhirnya.

-AHMAD FADHLI BIN SHAARI (12 APRIL 2008)

Sedetik di Kuala Wok, Jeli

Perkampungan Orang Asli Kuala Wok, Jeli

Perkampungan Orang Asli Kuala Wok, JeliMerenung masa depan.....