Pemuda UMNO Kelantan Lakukan Kerja Sia-sia

sh250609-2Hari ini (25 Jun 2009) dalam akhbar Sinar Harian tersiar dakwaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang tidak mengiktiraf Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik mat sebagai ulama. Katanya, ini kerana Nik Aziz telah menyamakan UMNO dengan pergerakan komunis dan ajaran sesat. Tambahan lagi katanya, UMNO telah terbukti sepanjang sejarah memperjuangkan Islam dan malah mendakwa PAS sebagai wadah pecah belah.

Kita faham bahawa kenyataan-kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Anuar Safian ini akan lebih bersemarak menjelangnya pilihanraya. Hari ini, ia akan dijadikan modal walaupun tidaklah akan memberi kesan yang besar terhadap kempen di Manek Urai.

Saya tidak mendengar bagaimana ungkapan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Walaupun saya secara peribadi percaya bahawa ia tidak lebih melainkan sebagai satu tasybih atau perumpumaan sahaja, namun tentulah untuk membuat pengadilan, perlu untuk kita mendengar terlebih dahulu ucapan yang dipertikaikan itu.

Namun saya tertarik dengan penegasan Anuar Safian bahawa UMNO sebuah pergerakan yang mempejuangkan Islam. Benarkah demikian? Yakinkah Anuar Safian dengan dakwaannya itu atau hanya sekadar mainan mulut sedangkan beliau sendiri tahu ia satu pembohongan?

Kalau benar UMNO memperjuangkan Islam, kenapa tulisan jawi dihapuskan 30 tahun lepas yang menyebabkan sekarang lahirnya generasi buta al-Quran? Apahal pula dengan sekolah agama rakyat (SAR) yang bantuannya disekat oleh UMNO? Mengapa Perdana Menteri sekarang ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sehingga sekarang telah meluluskan 10 lesen judi yang baru seperti yang dijawab di dalam Parlimen?

Atau adakah Anuar Safian maksudkan dengan memperjuangkan Islam itu hanya dengan membina masjid dan menganjurkan pertandingan Musabaqah al-Quran?

Jelasnye, perjuangan UMNO ialah memisahkan agama dari politik pentadbiran. Dan inilah dia ideologi sekular. Sekular selama-lamanya merupakan pemikiran yang sesat dan bertentangan dengan Islam. Anuar perlu faham, Islam perlu diterima keseluruhannya. Menolak sebahagian ertinya menolak kesemuanya. Ia sam sepeti nombor telefon yang tujuh angka. Jika anda tersilap dail walaupun satu angka, ia akan sampai ke destinasi yang salah sekalipun enam angka lagi tepat!

Anuar Safian juga diaporkan berkata :
“Kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.”

Benarkah UMNO belum membunuh? Peristiwa di Memali bagaimana pula penjelasannya. Dan perlulah diingat, dasar UMNO yang tidak menerapkan unsur takut kepada Allah melahirkan rakyat yang berani menjadi pembunuh.

Berhubung dengan tidak mengiktiraf Nik Aziz sebagai ulama, tanpa pengiktirafan inipun Nik Aziz tetap diiktiraf sebagai ulama bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Tidak akan kurang harga Nik Aziz hanya kerana tidak diiktiraf oleh Pemuda UMNO. Cuma ingin sekali kita bertanya, adakah pemimpin-pemimpin UMNO yang sarat dengan skandal rasuah dan penyelahgunaan kuasa serta cerita-cerita yang tidak enak yang disebarkan di seluruh dunia layak digelar ulama?

Simpati kita hulurkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan kerana melakukan satu lagi kerja sia-sia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: