Baru sekejap tadi saya mempengerusikan majlis ceramah umum di Pusat Tarbiah PAS Pohon Buluh, Pasir Mas. Asalnya YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sendiri yang sepatutnya hadir menyampaikan ceramah, tetapi khabarnya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana Tuan Guru menghadiri majlis hari raya di Konsul Thailand di Kota Bharu. Apapun, ceramah malam ini yang dibarisi oleh Ustaz Kamal Ashaari, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan YB Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Machang sudah cukup bertenaga dan memaku hadirin hingga ke tengah malam. Kepada yang berminat untuk mendapatkan rakaman ceramah tersebut boleh dimuat turun di http://www.mediafire.com/download.php?myjcqgqtvye (Ustaz Kamal Ashaari) dan di http://www.mediafire.com/download.php?mn4zyj1ydjr (YB Saifudin Nasution).
Filed under: Ilmiah, Isu Semasa |
salam.
selamat hari raya idulfitri ustaz.
Semoga ustaz sekeluarga dirahmatiNYA selalu.
Ana link blog us .minta maafla tak inform dulu =)
wsalam.
salam… apa khabar? kami di Jordan kirim salam kepd suma lecturer kias…
Jom jalan2 ke blog ana…