Raiskah Yang Wajar Diikuti?

SH190609

Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hari ini seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini (Jumaat, 19 Jun 2009) menggesa rakyat supaya tidak mencontohi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang katanya tidak sukakan perpaduan. Rais dengan penuh yakinnya menyatakan bahawa kepimpinan Nik Aziz langsung tidak boleh dijadikan contoh.

SH190609-2

Lucu juga kadang-kadang jika memikirkan serangan Rais ini khususnya kepada Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidaklah ingin menyanjung tinggi Nik Aziz sehingga ke tahap maksum, tetapi jika mahu dibandingkan gaya kepimpinan Nik Aziz dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN termasuk Rais sendiri, rasanya tidak padan sangat.

Tuan Guru Nik Aziz begitu dekat dengan rakyat. Mutiara katanya menjadi hidangan rohani rakyat. Kehidupannya tidak dibelit dengan kemewahan dan limpahan harta sebagaimana yang diimpikan oleh pemimpin UMNO/BN. Lihat sajalah kehidupan Tuan Guru selepas dua dekad memegang jawatan Menteri Besar, tidak berbeza dengan kehidupan sebelumnya.

Di dalam isu kerajaan perpaduan, apa yang dibimbangkan oleh  Tuan Guru ialah PAS ditendang kali kedua daripada BN selepas UMNO merasakan diri mereka kuat. Bukan soal jawatan dan kedudukan. Tetapi Rais gagal untuk memahami kerana dia melihat PAS dari kacamatanya yang bersalut dengan kepentingan sebagaimana pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lain.

Kita yakin, pemimpin PAS khususnya Tuan Guru adalah sebaik-baik pemimpin untuk masyarakat. Rais jika ingin menjadikan Tuan Guru sebagai sasaran serangan, beliau perlu berfikir banyak kali. Bimbang nanti jika kisah ‘jambatan yang dibakar’ dulu timbul semula…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: