Siapakah Pengamal Hukum Rimba?

SH17609

Hari ini, 17 Jun 2009, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian yang menyelar tindakan Menteri Besar Perak yang sah, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang melaungkan ‘hidup rakyat’ dan ‘bubar dun’ di dalam Parlimen Isnin lepas. Anuar Safian menyifatkan tindakan Nizar itu sebagai ‘mengamalkan hukum rimba’ dan ‘tindakan luar batasan.’

Dalam hal ini, Pemuda UMNO Kelantan perlulah berfikir sejenak dengan anugerah fikiran yang diberikan oleh Allah SWT. Kalaulah tindakan Nizar dianggap sebagai hukum rimba, maka apakah pula jenis tindakan segerombolan ADUN UMNO/BN yang tidak mematuhi arahan Speaker DUN Perak tempoh hari? Nizar dilaporkan terus keluar apabila diarahkan oleh Speaker Pandikar Amin Mulia. Tetapi gerombolan Zambry dan kawan-kawan enggan keluar sekalipun diarah oleh speaker bagaimana pula hukumnya?

Sedarkah Anuar bahawa dengan tindakan Nizar ini mendedahkan bahawa speaker mempunyai kuasa mutlak di dalam persidangan dewan? Bagaimanapun, jika kuasa ini tidak dipatuhi, siapakah yang bersalah? Bahkah di Perak, speaker Sivakumar diheret keluar dari kerusinya dan dikurung selama selama 2 jam. Bukankah ini lebih rimba hukumnya?

Lebih dari itu lagi, bagaimana dengan akta ISA? Kekangan terhadap media massa serta tindakan kerajaan Pusat yang menafikan hak rakyat memilih kerajaan mereka sendiri dengan menganaktirikan bantuan kepada kerajaan Pakatan Rakyat? Ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan di dalam sidang DUN Kelantan satu ketika dulu bahawa dia di antara pemimpin yang menyekat peruntukan dari mengalir ke Kelantan. Ini hukum apa kalau bukan hukum rimba?

Pemuda UMNO Kelantan tentulah boleh faham isu semudah ini.

3 Responses

  1. HARAP MAAF SAUDARA… MAHKAMAH DAH PUTUSKAN BHW PENGGANTUNGAN TUGAS 6 EXCO DAN MB PERAK ADALAH TIDAK SAH. MAKA MEREKA BOLEH MENGHADIRINYA.. YG KEDUA, ZAMBRY DIARAH KELUAR TANPA SEBAB MUNASABAH… ADAKAH ZAMBRY MEMAKAI LILIT KEPALA ATAU MENJERIT DLM DEWAN MCM NIZAR??? ATAU ZAMBRY MEMAKI HAMUN PIHAK PEMBANGKANG??? BLH TERANGKAN??? TAPI APA YG NIZAR LAKUKAN??? DIA MENJERIT, MEMAKAI LILIT KEPALA DAN MENGADAKAN POVOKASI… SEDANGKAN DEWAN RAKYAT SEPATUTNYA DIGUNAKAN UNTUK MEMBINCANGKAN DASAR… BUAT SHJ DEKAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KAN LEBIH AFDAL… X KE INI MENUNJUKKAN NIZAR HANYA INGIN MENARIK PERHATIAN DAN MENCETUSKAN PERBALAHAN… TLG JAWAB SAUDARA… SY AKAN DTG BALIK KE BLOG NI UTK MELIHAT JWPN SAUDARA… WPUN SY DAH TAHU APA YG SAUDARA AKAN TUDUH SY MCM ORG LAIN TUDUH. TP JGN MENGECEWAKAN SY DENGAN HUJAH ‘KURANG AKAL’ TU… SESUAI DGN KEDEWASAAN SAUDARA SEHINGGA MAMPU MENULIS BLOG MAKA SY INGINKAN JWPN YG LOGIK DAN BERNAS…. SILAKAN SAUDARA…

  2. mahkamah istiharkan penggantungan zambry dan kawan2 sbg tidak sah, soalnya bolehkah keputusan speaker dicabar di mahkamah? dan, kalaupun sudah diisyharkan demikian, apabila speaker menghalau keluar sekali lagi,bolehkah seseorang ahli dewan tidak mematuhi arahan speaker? lagipun, apa masalahnya kalau keputusan mahkamah tersebut ditangguhkan terlebih dahulu sementaraa menunggu rayuan sivakumar sebagaimana zambryy mengangguhkan keputusan mahkamah tinggi satu ketika dulu. tapi, kita pun tahu kalau sivakumar mohon pun, apa jawapannya.

    istilah ‘munasabah’ juga adalah abstrak. apakah speaker2 BN seluruh negara bermunasabah semasa menghalau ahli-ahli dewan selama ini.? jika nak berdebat, kita boleh cari kes-kes yg lain..

    isu dalam tulisan saya bukan isu Perak, isunya ialah Pemuda UMNO kelantan menyatakan tindakan nizar seperti hukum rimba. Soalnya adakah UMNO tidak mengamalkan hukum riba selama ini? Saudara tidak memberi respoon dengan hujah saya berkenaan ISA, sikap kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri Pakatan rakyat dll

  3. Kenapa tuan guru nik aziz n nasaruddin boleh gaduh?
    Tak de ke isu kerajaan perpaduan dalam al-Quran dan as-Sunnah, sebagai rujukan dalam penyelesaian mesalah ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: