Pilih Untuk Bersama Islam, Petanda Rakyat Bijak

sh270609

Manek Urai – Rakyat Manek Urai tidak mempunyai pilihan lain kecuali terus bersama Islam yang menjadi tunjang perjuangan PAS dalam memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 144 Julai ini.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan berkata, pengundi tidak ada alasan apabila keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu nanti selain menerima dan memilih Islam kerana ia adalah pilihan yang terbaik.

“Kita kena pilih Islam kerana (pilihan) ini yang akan membuatkan kita lebih cerdik daripada orang lain sebab kita buat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan.

“Jadi, rakyat Manek Urai tidak ada alasan atau pilhan lain pada pilihan raya kecil nanti kecuali memilih PAS, sebuah parti yang berjuanga menegakkan Islam, ” katanya.

Wan Azimin yang juga Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Belia dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Unit Peti Undi (UPU) Peria dekat sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zain dan berisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kota Bharu yang bertindak sebagai Pemuda Pembantu di UPU berkenaan.

Wan Azimin berkata, berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, aliran menolak Barisan Nasional (BN) kini sudah ‘memasuki’ fikiran rakyat negara ini terutama golongan muda.

Jutseru, katanya tidak ada sebab untuk rakyat Manek Urai termasuk pengundi muda memberi isyarat mereka menolak kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS pada pilihanraya kecil DUN itu.

Beliau berkata, selepas mula mengambil alih pemerintahan pada 1990, kerajaan negeri di bawah PAS terbukti mampu mentadbir negeri ini dengan baik walaupun dengan bajet yang kecil termasuk bajet tahun ini yang hanya berjumlah RM360 juta.

Katanya, biar pun tidak seperti negeri lain di bawah BN yang mempunyai bajet berbilion ringgit, kerajaan negeri pimpinan PAS masih mempu memperkenalkan pelbagai program kebajikan rakyat seperti Takaful Kifalah, Takaful Armalah dan Tabung Pesakit Kronik.

Sumber : Sinar Harian, 27 Jun 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: