Statistik Penuh Keputusan PRKN41 Dun Manek Urai

utusan160709

Manek Urai : UMNO Dakwa Menang, Bolehlah Janji Dilaksanakan Segera!

utusan130709Pulang dari Manek Urai sebentar tadi, saya terus sahaja menyaksikan Nightline TV3 jam 12.00 malam bagi melihat apakah ulasan TV3 saluran UMNO dengan kemenangan tipis PAS di Manek Urai. Tepat sekali jangkaan saya, pemimpin UMNO memang tidak pernah mahu merendah diri dengan pilihan rakyat. Antara kata-kata yang boleh didengar ialah dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohammad yang menyatakan bahawa PAS sebenarnya kalah dalam pilihanraya ini. Katanya lagi, majoriti yang tipis ini membuktikan rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Sekali lagi UMNO cuba bermain sandirawa dengan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini. Kata Mustapha, PAS sebenarnya kalah. Kalau kalah, kenapa tidak Tuan Aziz sahaja diisytihar sebagai pemenang? Kenapa ‘penjual ikan yang tidak berkelulusan tinggi’ itu juga yang mengangkat tangan sebagai pemenang di pusat perjumlahan undi? Sepatutnya Mustapha turut sama berada di atas pentas mengangkat tangan dengan segera dan melaungkan, UMNO menang! Tapi jika begitu yang dibuat oleh Mustapha, bimbang nanti polis-polis yang begitu ramai akan segera mengiringi ke Hospital Kuala Krai yang tidak jauh dari situ!

Mustapha perlu ingat, 65 majoriti tetap merupakan kemenangan. Jika 65 majoriti itupun dianggap sudah kalah, maka bagaimana di Perak yang UMNO/BN memerintah sekarang secara haram tanpa majoriti sokongan dari rakyat pun! PAS menang di Manek Urai secara anak jantan walaupun tipis majoriti, tetapi UMNO/BN merampas Perak dengan gaya pondan dan pengecut!

Baiklah, jika UMNO dianggap menang. Laksanakan segera janji UMNO di Manek Urai. UMNO perlu menghormati 5283 pengundinya yang inginkan jambatan baru berharga RM7 juta. UMNO juga perlu hargai 5283 pengundinya yang mahu Manek Urai menjadi ’anak emas’ kerajaan. Dan juga perlu ingat, 5283 pengundi Manek Urai mahu melihat kampung mereka menjadi daerah agropolitan sebagaimana yang dijanjikan. Bilakah mahu mula laksanakan janji itu? Khabarnya sebelum ayam berkokok esok hari!

Dakwa Mustapha lagi, majoriti tipis ini membuktikan rakyat Manek Urai menerima kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ini satu lagi dakwaan melucukan. Najib menjadi PM bukan sahaja di Manek Urai bahkan di seluruh Malaysia. Kalau Manek Urai dikatakan menerima, bagaimana pula di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini, kenapa tidak dikatakan menolak? Perlu diingat, undi PAS hanya merosot 399 undi sahaja! Dan sejarah membuktikan jika PAS kalah tipis dalam pilihanraya kecil, PAS akan menang besar dalam pilihanraya umum. Namun sebaliknya, jika PAS menang tipis dalam pilihanraya kecil, ia akan mencipta kemenangan lebih besar dalam pilihanraya umum. Ini boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut :

1. Dun Pengkalan Pasir, Pasir Mas : PAS kalah dengan majoriti 134 undi dalam pilihanraya kecil Disember 2005. Namun dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 2,348 undi. Rujuk di sini

2. Dun Semerak, Pasir Puteh : PAS kalah dengan majoriti 778 undi dalam pilihanraya kecil Ogos 1997 (rujuk). Namun dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang dengam majoriti 1475. (rujuk)

3. Sebaliknya di Dun Pulai Chondong : PAS menang dengam majoriti 118 undi dalam pilihanraya kecil 1996, tetapi dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 2318. (rujuk)

Jika dilihat dalam konteks Pakatan Rakyat sekalipun, sifir ini tidak jauh berbeza sebenarnya. Kita boleh saksikan contohnya dalam pilihanraya kecil Dun Ijok yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim kalah pada tahun 2007 tetapi memenanginya semula dalam pilihanraya umum 2008.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada teori tersebut, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa UMNO akan kempunan lagi untuk menawan Manek Urai dalam pilihanraya umum yang akan datang, Insya-allah. Namun, itu tidak menghalang UMNO melaksanakan janjinya. Apatah lagi, peti undi Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama ditawan oleh UMNO dalam pilihanraya kecil ini. Seharusnya ini boleh dibaca sebagai permintaan rakyat agar jambatan ’emas’ yang dijanjikan Tan Sri Muhyidin Yasin dibina segera!

Jadi, penduduk Manek Urai bolehlah mula membilang hari untuk menerima jambatan baru tersebut. Bermula esok dengan kiraan hari yang pertama. Jangan nanti bila kiraan itu mencecah angka 1000 (3 tahun?), batu asas jambatan pun masih belum kelihatan.

AHMAD FADHLI SHAARI

Pasir Mas, 12.50am

Tahniah PAS Pasir Mas dan Rantau Panjang : UPU Lata Rek Catat Majoriti Tertinggi

Tahniah diucapkan kepada PAS Kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang yang bertungkus lumus membantu Unit Peti Undi (UPU) Lata Rek, Manek Urai sehingga mencatat majoriti tertinggi dalam pilihanraya kecil ini iaitu sebanyak 258 undi. Statistik penuh ialah sebagaimana berikut :

Peti Undi PAS menang dengan majoriti

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti

1. Lata Rek – 258 undi

2. Peria – 86 undi

3. Chuchuh Puteri – 96 undi

4. Sungai sok – 66 undi

1. Temalir – 27 undi

2. Laloh – 66 undi

3. Manek Baru – 34 undi

4. manek Urai Lama – 184 undi

5. Manjor – 66

Untuk PRK kali ini, PAS Pasir Mas dan Rantau Panjang yang diamanahkan menjaga dan membantu UPU Lata Rek telah bertungkus lumus dari sebelum penamaan calon sehingga ke detik akhir hari pengundian. Dari organisasi kawasan, ulama, pemuda dan muslimat turun sederap mengasah pedang perjuangan bertempur di medan perang demokrasi dengan musuh bernama UMNO/Barisan Nasional.

Semoga amalan kita diganjari oleh Allah SWT.

Manek Urai : PAS Hanya Merosot 399 undi Sahaja!

Ketika artikel ini ditulis, keputusan rasmi pilihanraya kecil N41 Dun Manek Urai baru sahaja diumumkan PAS berjaya mempertahankan Manek Urai dengan majoriti tipis 64 undi. PAS dikatakan mendapat undi sebanyak 5347 manakala BN pula 5283. Dengan perbezaan undi yang begitu kecil, BN dijangka akan membuat tuntutan agar kiraan semula dilakukan.

Apapun, jika PAS berjaya memenangi Manek Urai sekalipun, dengan majoriti yang lebih kecil itu akan menjadi modal bagi UMNO dan BN menjaja ke seluruh dunia bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat. Orang Melayu kembali bersama-sama dengan BN, itu kata mereka barangkali.

Namun, perlu diingat bahawa di dalam pilihanraya yang lepas, PAS berjaya memperolehi  5746 undi melalui almarhum Poksu Wei.  Ini bermakna pada pilihanraya kecil ini PAS hanya merosot undinya hanya sekitar 399 undi sahaja. Benar, undi BN meningkat dengan mendadak, tetapi pengundi yang memilih PAS masih tegar tidak berganjak. Undi BN boleh saja meningkat dengan peningkatan jumlah keluar mengundi yang melepasi sasaran SPR, apa saja boleh berlaku dengan sejarah BN yang penuh dengan tipu muslihat.

Jika BN cerdik, penurunan undi sebanyak 399 undi di pihak PAS itu bukanlah satu kejayaan besar bagi BN. Bagaimanapun, di tengah-tengah kemelut dan mood rakyat yang memberikan kekalahan berturut-turut kepada BN, kejayaan ini bagi BN mungkin merupakan sedikit suntikan semangat. Tetapi secara jujur, BN boleh berfikir dengan waras, padankah dengan segala janji manis dari seluruh jeneral-jeneral BN berkampung di Manek Urai, hanya 399 undi sahaja berjaya ditarik dari PAS?

Untuk PAS, sekalipun menang dengan jumlah undi yang masih selesa, ia bukanlah tiket untuk menarik nafas lega. Kenapa pengundi muda rata-ratanya menolak PAS? Apakah kehendak mereka yang tidak dilayan dengan sempurna oleh kepimpinan? Kita melihat undi golongan penyokong tegar tidak berubah, menandakan isu ’kerajaan perpaduan’ yang dimainkan oleh UMNO/BN tidak berkesan. Lantas, PAS perlu membuat muhasabah dan pemeriksaan dalaman yang benar-benar telus ke arah memastikan Kelantan terus kekal di bawah penguasaan PAS di masa-masa akan datang.

Apapun, tahniah Abe Uji. Tahniah para petugas PAS. Allahuakbar!

Rasmi 8.29 PM : PAS Menang Majoriti 64 Undi

KEPUTUSAN  RASMI
UNDI PAS
5347
UNDI BN
5283
MAJORITI 64
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)

7.30pm : KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRKn41 Manek Urai : PAS Menang Majoriti 70 undi

KEPUTUSAN TIDAK RASMI
UNDI PAS
5363
UNDI BN
5293
MAJORITI 70
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA : 7.33 PM (FINAL TIDAK RASMI)


PAS dijangka raih majoriti lebih besar – Harakahdaily

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) – Impian Umno mahu bertapak semula di Manek Urai semakin sukar dengan kehadiran lebih 1,300 pengundi luar yang pulang mengundi sehingga jam 4 petang ini.

Gelombang pasca Mac 2008 nampaknya masih lagi dipertahankan majoriti pengundi di Manek Urai bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham Haji Ismail Yaacob (Paksu Wil).

Menurut sumber sehingga jam 4 petang tadi PAS nampaknya mendahului Umno hampir keseluruhan peti undi. Paling menarik apabila peti undi Manjor yang menjadi kubu tradisi Umno sebelum ini nampaknya tidak mampu lagi dipertahankan.

Continue reading

Suasana Hari Pengundian PRKN41 Dun Manek Urai

PETI UNDI : LATA REK

YB Salahuddin Ayub melawat pondok panas

YB Ustaz Nasaruddin Daud, speaker DUN Kelantan

beberapa kerat pemuda UMNO

PETI UNDI : MANEK URAI LAMA

YB Dr Fadzli Dato’ Hassan, ADUN Kemuning dan Exco Negeri Kelantan

Isteri Arwah Poksu Wei

ADUN Khalil Idham Lim, Cina Islam

PETI UNDI : MANEK URAI BARU

YB Azamin, ADUN Kadok

Ketua Pemuda PAS Kawasan Ketereh, Ustaz Nik Mahadi bertugas di pondok panas


PETI UNDI : SUNGAI PERIA

Khidmat Guaman Untuk Pengundi Luar

SH080709-2

KUALA KRAI – Dewan Pemuda Pas Kelantan sedia menyediakan khidmat guaman kepada mana-mana pengundi luar yang tidak dibenarkan pulang untuk mengundi oleh majikan mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memberikan perkhidmatan itu kerana empat daripada ahli jawaatn kuasa Dewan Pemuda termasuk Naib Ketua, Hisyam Fauzi sendiri adalah peguam dan pengamal undang-undang.

Justeru katanya, pengundi luar yang berjumlah hamper 2,000 orang dinasihatkan agar tidak bimbang untuk pulang dan membuat aduan kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan jika dihalang oleh majikan mereka daripada menunaikan kewajipan mengundi pada hari berkenaan.

“Saya nasihatkan kepada pengundi luar sama ada yang bekerja kerajaan atau swasta supa memohon cuti dan minta kebenaran daripada majikan untuk pulang pada hari mengundi 14 Julai nanti.

“Saya juga harap cuti yang diberikan majikan bersesuaian dengan lokasi pengundi luar berkerja termasuk mengambil kira masa perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke tempat kerja,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ada dalam kalangan majikan yang tidak membenarkan kakitangan mereka pulang mengundi pada 14 Julai ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengingatkan majikan supaya membenarkan pekerja mereka pulang melaksanakan tanggungjawab itu kerana ia termaktub dalam undang-undang dan tindakan akan diambil terhadap majikan yang melanggar peraturan tersebut.

SPR meminta pengundi Manek Urai yang tidak dibenarkan oleh majikan utnuk pulang mengundi supaya membuat laporan polis dan menyerahkan laporan tersebut kepada suruhanjaya itu.

Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang sebelum itu menyampaikan bantuan kepada satu keluarga tujuh beranak yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Keroh, dekat sini, kelmarin.

Pada majlis dihadiri sama Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zin itu, sumbangan disampaikan kepada mangsa, Dollah Deraman, 73, sebagai mewakili anak, menantu dan empat cucu yang tinggal bersama di rumah berkenaan.

Sumber : Sinar Harian, 8 Julai 2009

PAS Dituduh Takabbur : Tuduhan Shahrizat Tidak Berasas

sh080709-1

Membaca tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada hari ini memanggil saya untuk memberikan sedikit ulasan. Kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang tewas dalam pilihanraya umum yang lalu itu, PAS Kelantan sudah bersifat takkabur (ejaan di dalam akhbar : takbur) kerana mengkritik UMNO secara total. Menurutnya seperti yang dilaporkan di dalam Sinar Harian hari ini (08 Julai 2009), PAS Kelantan bukannya turun buat kerja dan  ekoran itulah, beliau sampai menitiskan air mata melihat kemiskinan rakyat Manek Urai.

Pertama, tuduhan takabbur. Kalau maksudnya membesarkan diri, maka tuduhan itu lebih layak sebenarnya untuk UMNO. Shahrizat perlu tahu bahawa menjelang kempen pilihanraya umum ke 12 yang lalu, tatkala Shahrizat sibuk berhempas pulas mempertahankan Lembah Pantai dari diserang oleh Nurul Izzah, di Kelantan dijalankan kempen yang sangat agresif untuk menawan negeri Serambi Mekah ini. Ada seorang Timbalan Menteri dari Bachok yang diwar-warkan sebagai bakal Menteri Besar jika UMNO berjaya menawan Kelantan. Gambarnya ditampal merata-rata, membayangkan seolah-olah UMNO sudah tahu apa yang tertulis di lembaran qadha’ qadar bahawa mereka akan bersemayam di pejabat SUK pada 9 Mac 2008.

Rakyat Kelantan bukan buta melihat perbuatan ini. Apa jenis kerja macam ni. Pilihanraya belum lagi berlaku, Menteri Besar sudah ditabalkan. Siapa yang takabbur dalam soal ini, PAS Kelantan atau UMNO Kelantan? Itu belum lagi dicampur kempen Pemuda UMNO yang berslogankan ’18 tahun Pade Doh’ dicetak di atas baju tshirt berwarna hitam membayangkan kelam gelapnya hati mereka di kala itu. Seluruh Kelantan menyaksikan perarakan motosikal membawa bendera UMNO sebesar suku padang bola bagi membayangkan kesungguhan UMNO menawan Kelantan.

Rakyat Kelantan bukan tuli mendengar hiruk pikul suara deruman motosikal mat-mat rempit yang membawa slogan ’18 tahun pade doh’ itu. Akhirnya, kempen agresif BN Kelantan makan diri, tinggal enam kerusi di DUN Kelantan yang kebanyakannya sebelah hulu.

Kedua, isu kemiskinan di Manek Urai. Shahrizat bercakap seolah-olah penduduk Lembah Pantai kesemuanya memiliki banglo sebesar Khir Toyo miliki tatkala beliau mewakili parlimen tersebut. Lupakah Shahrizat, 2004-2008 UMNO yang bertakhta di Manek Urai. Apakah pembanguan yang dibuat oleh UMNO ketika itu? PAS hanya menawan semula Manek Urai tahun lepas. Ertinya, jika ada kemiskinan tegar di Manek Urai, ia turut menandakan kegagalan UMNO juga. Pada masa itu, kenapa Shahrizat tidak saja bertandang di sini dan titiskanlah air mata suci itu. Atau air mata itu hanya menitis pada musim pilihanraya? Jika demikian, itu bukan air mata yang ikhlas… itu air mata buaya.

Apapun, kepada Datuk Seri Shahrizat, bersabarlah dalam masa enam hari lagi menjelang PRK ini. Selepas ini, Datuk Seri tak perlu menangis lagi di sini……