Baru Sedarkah Budaya UMNO?

Menarik sekali jika dibaca komen calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo di dalam Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa dipermainkan oleh dua bahagian pergerakan tersebut ketika proses mencalonkan pemimpin untuk bertanding jawatan itu.

Menurut Khir, dua bahagian terbabit ialah Gelang Patah di Johor yang mengadakan persidangan Ahad lepas dan Padang Terap di Kedah yang berlangsung malam tadi. Khabarnya, undian dijalankan dengan cara mengangkat tangan yang menyaksikan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin dicalonkan sebagai ketua pergerakan tersebut.

Khir merungut dengan berkata, “Adakah patut mereka menjalankan pengiraan dengan hanya mengangkat tangan sedangkan jumlah perwakilan tidak dikira terlebih dahulu bagi memastikan jumlah yang diterima oleh calon-calon sama dengan jumlah perwakilan. Sedangkan berdasarkan wakil saya di kedua-dua bahagian itu, jumlah yang diterima oleh saya lebih tinggi daripada calon lain, sebaliknya nama saya tidak diumumkan.”

Menarik lagi apabila dia turut mengungkapkan, “Kalau macam ini saya pun naik bosan dengan UMNO, kenapa buat macam itu, nampak sangat ada orang hendak boikot, hak saya untuk bertanding dinafikan, saya betul-betul kecewa,”

Persoalannya, baru sedarkah Dr Khir bahawa itulah dia budaya yang berlaku di dalam UMNO? Bukan satu perkara yang baru rasuah, tidak telus, penipuan berlaku di dalam UMNO. Dan kalau Dr Khir sudah bosan dengan budaya UMNO, marilah sertai PAS. Tetapi, bersihkan dulu Datuk dari palitan rasuah yang dibawa dari dalam UMNO!

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

18 Oktober 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: