Bidas Mahathir & Muhyidin : Pak Lah Sudah Hilang Sabar!

Manusia tentunya mempunyai tahap kesabaran yang tersendiri. Walaupun boleh bersabar, tapi biasanya akan sampai tahap tertentu kesabaran itu sudah terhakis, ia akan meletus menghasilkan amukan yang sangat-sangat dahsyat. Amukan itu tentunya akan mengeluarkan lava yang panas dan berapi, walaupun zahirnya sebelum ini tenang dan damai.

Demikianlah saya kira apa yang dilakukan oleh ‘bakal bekas Perdana Menteri’ seperti yang dilaporkan di dalam akhbar hari ini. Tidaklah terlampau ganjil jika Pak Lah menyerang Mahathir habis-habisan dalam siri-siri serangannya yang terakhir sebelum hilang lenyap dari arus perdana. Ini kerana Mahathir sendiri tidak pernah letih dan lesu menyerang Pak Lah semenjak pembatalan jambatan bengkok ke Singapura lagi. Rupanya, pembatalan jambatan bengkok tersebut membawa kesan yang dahsyat terhadap emosi dan sentimental Mahathir. Dahsyatnya serangan Pak Lah kepada Mahathir juga tidak mustahil ekoran pencalonan sebagai ketua pemuda menampakkan kegagalan menantunya menandingi anak Mahathir!

Tetapi agak pelik apabila Pak Lah menghalakan serangan kepada Tan Sri Muhyidin dan di dalam masa yang sama seolah-olah mempertahankan Ali Rustam yang masih belum cukup pencalonan sebagai Timbalan Presiden. Mari kita perhatikan kata-kata Paklah mengenai Muhyidin, “Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia”.

Terkejut? Ya, kita mungkin terkejut kerana tidak pernah menyaksikan senario tembak-menembak sesama UMNO seperti yang berlaku pada hari ini. Kata-kata pedas Pak Lah terhadap Muhyidin ini sebenarnya bukan satu perkara main-main. Dengan arus pencalonan hari ini yang seolah-olah menggandingkan Najib-Muhyidin, menyerang Muhyidin seolah-olah menyerang Najib. Di dalam masa yang sama, Pak Lah memberikan komen tentang Ali Rustan, “Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?”.

Dalam keadaan sekarang, kata-kata Pak Lah boleh ditafsirkan dengan pelbagai persepsi. Sebenarnya, relakah Pak Lah dengan pengunduran ini? Atau relanya dalam paksa? Atau mungkin . Apapun, Pak Lah haruslah sedar, itulah budaya di dalam UMNO. Dulu ketika Pak Lah memegang jawatan tinggi, mungkin ramai yang berada mengelilingi pinggang Pak Lah. Hari ini, walaupun masih belum meletakkan jawatan, Pak Lah sudah merasakan dirinya diketepikan.

Itulah budaya UMNO. Sepatunya UMNO merasa malu untuk melawan PAS. Apakah yang ditawarkan oleh UMNO untuk rakyat? Budaya rasuah, politik wang, gangsterisme, penipuan, perebutan jawatan dan sebagainya. Inikah yang akan membela rakyat? Mesyuarat parti yang terpaksa di kawal oleh FRU di Rantau Panjang, tidakkah ini memalukan negara? Lihatlah PAS yang tidak pernah terdengar budaya politik wang di dalam pemilihan parti. Sepatutnya pemimpin UMNO yang cerdik pandai menyedari hakikat ini. Cubalah berusaha sikit untuk merasa malu!

Kepada Pak Lah, gunakanlah sisa terakhir selagi anda berkuasa ini untuk melakukan yang terbaik. Mungkin Pak Lah masih belum terlambat menjejaki allahyarham datuknya untuk menyertai PAS. Ruang dan peluang masih ada, kerana apabila anda melepaskan jawatan, anda tidak akan mempunyai apa-apa nilai lagi.

19 Oktober 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: