Tanpa Perjanjian Pangkor, UMNO Sudah Gadaikan Islam

 Nampaknya media massa milik kerajaan UMNO/BN masih belum puas memainkan pelbagai isu dalam usaha meretakkan hubungan Pakatan Rakyat. Lebih jauh dari itu, untuk menghakis kepercayaan rakyat yang telah memberikan undi yang besar kepada lawan Barisan Nasional.

 

Terkini, apabila isu Perjanjian Pangkor II dimainkan dengan begitu hebat oleh media-media massa semakin memperlihatkan kerakusan UMNO/BN untuk sehabis mungkin menjatuhkan imej Pakatan Rakyat di kalangan penyokong masing-masing. Kononnya pendedahan mengenai wujudnya perjanjian tersebut telah dibuat oleh Mohd Fadzil Jamaluddin iaitu abang kepada YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak.

 

Di dalam Buletin Utama TV3 malam tadi juga turut disiarkan komentar bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli yang berkata, “Kalau dah abang sendiri yang cakap, takkan tak betul..” Nampaknya kalau sifir ini digunakan dalam setiap pertikaian politik di negara ini, ramailah yang akan dikategorikan sebagai tidak betul. Masakan tidak, perbezaan fahaman politik sering kali berlaku sekalipun diikat dengan pertalian darah. Shahrir Samad contohnya berbeza fahaman politik dengan adiknya, Khallid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Nakhaie Ahmad dengan adik beradiknya yang merupakan pimpinan PAS. Pertalian darah tidak membawa apa-apa justifikasi dalam fahaman politik. Oleh yang demikian, sifir mudah yang digunakan oleh Tajol Rosli ini hanyalah satu sifir yang tidak relevan.

 

Mudah untuk memahami sikap UMNO dalam isu ini. Nampak prihatin benar mereka apabila kononnya Menteri Besar Perak tidak dapat bercakap soal Islam dan isitilah-istilah arab seperti hudud dan qisos (kisas kata pembaca berita TV3). Soalnya, adakah selama ini UMNO sendiri mendaulatkan Islam?

 

Tanpa ada sebarang perjanjian Pangkor pun, UMNO sudah lama memijak-mijak ketuanan Islam. Siapakah yang bertanggungjawab memansuhkan tulisan jawi sehingga hari ini lahir generasi yang buta al-Quran? Siapa pula bersungguh-sungguh menghalang hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud satu ketika dahulu? Jawapannya tentu sahaja UMNO. Namun hari ini, tiba-tiba mereka gelabah apabila PAS kononnya tidak bercakap soal Islam. Sungguh, UMNO lah yang tidak pernah berhasrat mendaulatkan Islam,dulu, kini dan selamanya.

 

PAS tidak hipokrit dalam soal ini. Namun pendekatan PAS berbeza dengan perbezaan mentaliti rakyat dan senario semasa. Sedangkan Rasulullah SAW membenarkan istilah rasulullah dipadamkan dari perjanjian hudaibiyyah dan hanya mengekalkan nama Muhammad bin Abdullah kerana situasi pada masa itu, maka PAS juga bergerak dengan berhikmah dalam memasarkan Islam di tengah masyarakat.

 

Bezanya dengan UMNO ialah UMNO tidak akan berusaha untuk itu kerana politiknya ialah politik untuk kepentingan perut dan di bawah perut.

 

12 Julai 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: