Semoga Mujib Di Dalam Perlindungan Allah

 Tidak saya sangka rupa-rupanya demam Mujiburrahman yang berlarutan selama seminggu akhirnya membawanya untuk menghuni Wad Kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II. Terkejut sebenarnya kerana saya hanya membawanya ke hospital senja tadi hanya untuk pemeriksaan sahaja, rupa-rupanya tanpa disangka terpaksa menghuni wad. Tidak tahulah berapa hari akan ditahan namun ia sudah cukup membuatkan kami ‘kalut’ apatah lagi Ummimuhib pun masih lagi dalam keadaan demam. Malam ini merupakan malam pertama Mujib terpaksa bermalam di wad dengan ditemani oleh Ummi. Semoga Mujib di dalam perlindungan Allah. Terpaksalah blog ini bercuti beberapa hari menguruskan kekalutan yang tentunya juga ujian dari Allah…

 

Damai..