“Kepada mana-mana pembaca blog ini yang ingin menghulurkan sedikit sebanyak bantuan, sila masukkan di akaun BIMB 03027010031373 di atas nama Kelab Belia dan Sukan Pasir Mas. Sila maklumkan melalui sms/call ke talian saya 019-9070868″
Sesungguhnya sesiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya seIslam, Allah akan melepaskannya dari kesusahan-kesusahan di akhirat – Maksud Hadis
PASIR MAS – Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dalam setu kebakaran dekat Kampung Tal Tujuh petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, penghuni rumah tesebut Azura Yahya, 39, hanya sempat membawa keluar anak kecilnya yang berusia enam bulan apabila melihat api mula marak dari bahagian dapur sebelum meminta pertolongan jiran.
Dia masih lagi trauma ketika ditemui menceritakan detik cemas itu bermula apabila terlupa mematikan dapur selepas memasak.
“Pada masa itu, saya baru lepas memasak dan keluar ke ruang tamu dan hanya menyedari kejadian apabila melihat api menjulang naik sebelum bergegas membawa anak keluar,’ katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui.
Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas tiba pada jam 3.00 petang dan api dapat dipadamkan 10 minit kemudian.
Kebakaran tersebut menyebabkan mereka kerugian hamper RM20,000 melibatkan barangan rumah, buku sekolah anak-anak serta wang gaji yang baru diterima.
Sementara itu, suaminya Zulkifli Che Ka, 42, bersyukur isteri dan anak kecilnya tidak mengalami kecederaan memandangkan sewaktu kejadian, dia keluar untuk mengambil anak di sekolah.
“Saya terus pulang apabila dihubungi isteri yang mengatakan rumah kami terbakar, sebaik sahaja tiba semua sudah musnah,” katanya.
Zulkifli yang sedih dengan kejadian itu berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan memandangkan mereka tidak sempat menyelamatkan barangan serta kehilangan tempat tinggal.
“Buat sementara kami akan menumpang di kilang mencanting batik berhampiran tapak rumah terbakar ini sementara menunggu bantuan terutamanya buku sekolah anak yang turut musnah dalam kebakaran,” katanya.
Ketua Operasi Unit Bomba Pasir Mas, Mohd Zazri Ali mengesahkan menerima laporan pada jam 2.41 petang sebelum menghantar sebuah jentera berasama lima anggota ke tempat kejadian.
Sumber : Sinar Harian, 7 Julai 2009
Filed under: 1 |
Leave a Reply