Hari ini Berita Harian (6 Julai 2009) menyiarkan cabaran debat Presiden Iran, Ahmadineejad terhadap Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Nampaknya selepas Datuk Seri Najib Razak berbicara dengan Obama minggu lepas, Obama pula menjejaki nasib Najib yang dicabar debat. Bezanya, yang mencabar Najib ialah Nik Aziz, manakala Obama dicabar Ahmadinejad.
Tentu sekali Obama akan menolak, kerana debat menghabiskan masa sahaja. Ezam Mohd Nor tentu sekali tidak setuju jika Obama menerima, kerana baginya Ahmadinejad hanya ingin mengalihkan isu. Datuk Ibrahim Ali pula jika ditanya pandangannya pasti akan mengatakan bahawa lebih baik Ahmadinejad menumpukan perhatian ke arah memajukan Iran. Lagipun, Iran kaya dengan kebudayaannya.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula pastinya akan segera menghubungi Obama untuk menghalang debat ini diadakan. Atau setidak-tidaknya menggelapkan berita tentang debat ini jika ia berlaku….
catitan : sekadar ilusi sementara menunggu nasi goreng di kedai makan….
Filed under: Isu Semasa |
Leave a Reply