Bila Ibrahim Merapu Lagi…

utusan060709

Saya berada di atas hilux kepunyaan saudara Azhan Athan ketika kesibukan perarakan calon N41 Dun Manek Urai apabila tiba-tiba satu pesanan ringkas menerpa ke telefon bimbit saya. Kandungannya meminta supaya saya menjawab artikel Datuk Ibrahim Ali di dalam Utusan Malaysia pada hari ini. Katanya, Membangun Bersama Islam ialah sebuah retorik. Lihat di sini untuk membaca bahan merepek Ibrahim yang terbaru itu.

Pertama, Ibrahim Ali memaparkan kisah Ibnu Taimiyyah sebagai pembuka bicaranya. Ibnu Taimiyyah (boleh dirujuk di sini) yang meninggal dunia di dalam penjara mempertahankan kebenaran ternyata bukan gandingan Ibrahim dari semua sudut. Ibnu Taimiyyah tidak bertukar-tukar prinsipnya seperti ahli politik zaman sekarang yang bertukar parti politik setiap kali  menjelang pilihanraya. Ibnu Taimiyyah tidak menjual prinsipnya walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman kematian, tetapi sesetengah ahli politik pantang dibuat kawan, lebih merbahaya dari melepaskan anjing yang tersepit!

Ibrahim memperbesarkan belanjawan Kelantan sebagai belanjawan defisit sebagai tanda PAS tidak pandai memerintah. Sedarkah Ibrahim, Malaysia sendiri pun mengalami belanjawan defisit. Lihat di sini sebagai rujukan. Defisitnya bukan sedikit, bahkan mencecah RM34.5 billion! Dalam konteks negeri, Negeri Sembilan di bawah pemerintahan UMNO/BN pun mengalamai defisit dalam belanjawan 2008. Ibrahim boleh klik di sini. Jumlahnya, RM 106.5 juta! Kata Menteri Besarnya, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan, defisit yang tinggi dalam anggaran Belanjawan 2008 adalah kerana keperihatinan kerajaan Negeri Sembilan dalam meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat Negeri Sembilan.

Untuk rekod, tahun 2005 Menteri Besar N9, Mohamad mengumumkan RM50.72 million defesit dan dalam belanjawan 2006 pula meningkat kepada RM64.08 million. defisit paling tinggi sebanyak RM106.5 juta pula tercatat dalam anggaran Bajet 2008. Hakikatnya untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri sendiri Kerajaan Negeri Sembilan pun tidak mampu!  Kedah ketika di bawah pemerintahan UMNO/BN juga seringkali membentangkan belanjawan defisit. Ia boleh dilihat di sini.

Ibrahim Ali janganlah terlalu merapu-rapu atau membodek untuk dilihat setia kepada UMNO. 1Malaysia sudah kenal siapa Ibrahim. 1Malaysia sudah tahu, kalau menerima Ibrahim sebagai ahli, jawabnya memikul biawak yang hidup Lantas, kita melihat UMNO yang dambakan kerusi parlimen itupun tidak bersungguh benar mahu meminang Ibrahim. Janganlah Ibrahim pula menjadi jalang yang tidak laku mempamerkan diri ke ceruk kampung mendakwa diri sebagai anak dara, sedangkan diri sudah berkerepot seribu kerana menjanda beberapa kali. Maklumlah suami mana yang tahan dengan bini yang hodoh zahir dan batin!

Maaflah Ibrahim, selaku rakyat jati di Pasir Mas. Malu sungguh mempunyai wakil rakyat seperti Ibrahim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: