Pemuda PAS Sokong Tubuh Televisyen Islam

SH250609

Kota Bharu – Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mengalu-alukan keputusan Kerajaan Pusat untuk melancarkan saluran televisyen Islam tidak lama lagi.

Ketua Penerangan DPPNK, Dr Rosli Allani Abd Kadir berkata, pada masa yang sama DPPNK mengharapkan supaya Kementerian Penerangan juga dapat mengurangkan program-program hiburan yang melalaikan penonton.

“Program-program hiburan yang disiarkann mampu melalaikan penonton sehingga tertinggal solat dan ibadah mereka.

“Kami mencadangkan supaya Kementerian Penerangan memantau program-program berunsur syirik dan meosakkan akidah umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau bekata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom yang menyatakan bahawa satu saluran televisyen Islam akan dilancarkan sebaik mendapat frekuensi yang bersesuian.

Jamil Khir dilaporkan berkata, saluran itu bakal menjadi medium baru menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat berhubung perkara yang menyentuh syariat Islam.

Sumber : Sinar Harian, 25 Jun 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: