Dari Manek Urai : Bertuah Tok Guru Sempurnakan Majlis Cukul Jambul Anak Sulung

SH240609

Manek Urai – Pasangan suami isteri yang baru dua hari bergelar ibu dan bapa dari Kampung Budi bertuah apabila majlis ‘cukur jambul’ anak sulung mereka disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, semalam.

Kesempatan mengadakan majlis ringkas itu diambil Abdul Aziz Che Mat, 23 dan isteri, Nurzuhida Ismail, 20, apabila Nik Abdul Aziz yang baru selesai menghadiri majlis taklimat keselamatan di Kampung Laloh singgah di madrasah kampong itu untuk menunaikan solat Asar.

Abdul Aziz berkata, dia dan isteri berasa cukup bertuah kerana majlis cukur jambul anak sulung mereka yang belum diberikan nama itu dilakukan sendiri oleh Nik Abdul Aziz dan menganggapnya peluang keemasan yang jarang diperolehi orang lain.
“Memang saya dan isteri rasa bertuah sangat kerana Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) sendiri yang mencukup anak sulung kami.”

“Saya juga sempat ditanya kenapa bila bila diberi air dan buah tamar, budak kecil (bayi) akan makan sebelum Tuan Guru beritahu, ini semua adalah tanda kebesaran Allah,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS kawasan, Mahadi Mat Zain dan Setiausaha Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau MTD Manek Urai, Mohamad Harun.
Abdul Aziz yang kini bekerja sendiri di kampong berkata, isterinya yang berasal dari Sungai Buluh, Selangor selamat melahirkan anak suulung mereka itu di Hospital Kuala Krai, awal pagi semalam.

Abdul Aziz yang sebelum ini bekerja di Selangor berkata, dia mendirikan rumah tangga dengan Nurzuhiada pada 28 Februari 2008 lalu sebelum mereka pulang dan tinggal di kampung halamannya di Kampung Budi sejak awal tahun ini.

Pada majlis sama, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS turut menyempurnakan majlis ‘cukur jambul’ anak tiga penduduk kampung berkenaan,

Sumber : Sinar Harian, 24 Jun 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: