Utusan Malaysia dan jadi Utusan Menyeleweng!

utusan 230609Akhbar Utusan Malaysia (23 Jun 2009) hari ini jelas sekali cuba memutarbelitkan fakta ekoran selesainya isu kerajaan perpaduan. Di bawah tajuk Nik Aziz Mohon Maaf Kepada Nasharuddin, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang menarik balik gesaannya supaya Ustaz Nasharuddin meletakkan jawatan dan keluar dari PAS.

Bagi saya, Utusan berniat serong di dalam hal ini. Istilah Minta maaf tidak pernah diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz baik melalui lidanya atau melalui kenyatannya yang tertulis. Oleh yang demikian, dari mana datangnya istilah minta maaf itu? Atau Utusan mempunyai niat yang tidak baik bagi merendahkan Tuan Guru?

Saya tidak kata bahawa minta maaf boleh merendahkan Tuan Guru, tetapi bagi sebahagian pihak, itulah hakikatnya. Ia mungkin tidak mempunyai apa-apa kesan terhadap tuan guru, tetapi kebenaran tetap kebenaran. Tuan Guru Nik Aziz tidak mengungkapkan istilah mohon maaf, jadi Utusan tidak perlu pandai-pandai menggunakan istilah ini. Mungkin Tuan Guru Nik Aziz boleh memikirkan tindakan saman terhadap media lidah UMNO ini.

Tarik balik tidak sama dengan mohon maaf. Tarik balik ialah membatalkan, itu sahaja. Kerajaan Malaysia pernah tarik balik penggunaan syiling RM1, adakah bermakna kerajaan Malaysia minta maaf kerana mengeluarkan syiling itu? Takkan benda kecil macam ini pun Utusan Malaysia tidak faham?

Atau Utusan mempunyai agenda lain? Yang jelas, keputusan terbaru Pakatan Rakyat ini sangat-sangat mengecewakan UMNO dan Barisan Nasional!

Leave a comment