Anak Angkat : Bertuahkah Manek Urai?

SH210609

Hari ini 21 Jun 2009 di dalam akhbar Sinar Harian tersiar janji yang dibuat oleh ‘bekas bakal’ Menteri Besar Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin bahawa kononnya Manek Urai akan dijadikan sebagai ‘anak angkat’ jika Barisan Nasional memenangi pilihanraya kecil 14 Julai ini.

Nampaknya UMNO masih belum puas-puas untuk menaburkan janji demi janji menjelang pilihanraya umum atau kecil. Kali ini menerusi Awang Adek yang pernah satu ketika dulu dijulang sebagai bakal menteri besar Kelantan. Bahkan di seluruh pelusuk negeri Kelantan digantung sepanduk yang mengesahkan status ini. Dengan usaha agresif sepanjang kempen pilihanraya umum ke-12 tahun lepas, Awang Adek masih belum berjaya untuk menduduki kerusi Menteri Besar di pejabat SUK negeri Kelantan. Tidaklah diketahui di mana beliau menghilangkan diri selepas mengalami kekalahan 2-0 di Parlimen Bachok dan Dun Perupok tahun lepas. Apa yang jelas, keputusan pilihanraya itu memberikan pukulan yang hebat kepada UMNO Kelantan.

Hari ini, di Manek Urai sekali lagi UMNO menaburkan janji. Cuma kali ini dengan istilah ‘anak angkat’. Tidak pasti adakah status sebenar Manek Urai pada pandangan UMNO sekarang hanyalah sekadar ‘anak orang lain’ atau ‘anak tiri’? Jika hanya berstatus anak tiri, saya rasa ini benar-benar menyedihkan penduduk Manek Urai khususnya. Jika statusnya ialah anak sendiri, maka apa perlunya diisytiharkan sebagai anak angkat? Tidakkan jika anak sendiri disebut anak angkat merupakan satu penindasan dan diskriminasi?

Sepatutnya, UMNO/BN perlu sedar, mereka telah berjaya merampas Manek Urai pada tahun 2004 dan terlepasnya kembali pada tahun 2008. Sepanjang 4 tahun mereka berkuasa di situ, apakah yang mereka lakukan untuk anak angkat ini? Atau adakah pada masa itu, Manek Urai masih belum menjadi anak angkat hatta anak saudara sekalipun? Apa yang dapat dilihat usaha UMNO di situ ialah mewujudkan satu kompleks pentadbiran UMNO Manek Urai di atas tanah milik persendirian pemimpin UMNO kawasan tersebut! Adapaun yang lain, nehil!

Mari kita sorot kembali janji UMNO/BN semasa pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 6 Disember 2006 yang lepas. Perlu diingat, UMNO memenangai pilihanraya kecil tersebut. Nilailah adakah janji-jani manis itu dilaksanakan selepas pilihanraya.

Janji universiti, pembangunan bukti kesungguhan PM – apa cerita kampus di Bachok dan cawangannya di Jeli? Jadi ke tak jadi?

Pasar baru di Pasir Mas jika BN menang – Najib – Sehingga hari ini, pasar Pasir Mas masih belum bertukar wajah.

Projek Lebuhraya Pantai Timur Ke Sempadan Thailand Menerusi Kota Bharu – Tak ada nampak bayang.

Projek kesihatan RM811 juta di Kelantan dalam RMK-9

Jalan lebar Kota Bharu – Pasir Mas, empat lorong – Batu sebiji pun takde angkut lagi untuk projek ni.

Kesimpulannya, penduduk Manek Urai jangan terpedaya dengan janji manis di musim-musim begini.

One Response

  1. TIdak usahlah berjanji lagi, lebih baik terus tunjukkan bukti, setidak-tidaknya ikut lah cara Ahmad Mazlan (Ketua Penerangan UMNO pusat) sanggup datang menoreh getah kat manik Urai. Getah yang di toreh mesti dibelinya dengan harga mahal…satu kilo mau sampai RM50, dan susu getah tu agih kat peti undi BN wat tampal poster…dah jimat belanja.
    Idea lapok….kalu P Ramlee masih ada tentu dia buat filem..kelakar habis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: