Tertarik saya membaca kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian di dalam Sinar Harian pada hari ini (16 Jun 2009). Beliau yang baru saja dilantik oleh Khairy Jamaluddin memegang jawatan tersebut dilaporkan mengecam hebat apa yang kononnya diucapkan oleh pemimpin PAS berkenaan dengan ungkapan ‘bertumpah darah’.
Sehingga hari ini, UMNO masih gagal membuktikan siapakah yang mengucapkan kata-kata itu. Kenapa bermula dengan Mustapha Muhammad seterusnya diikuti dengan beberapa orang pemimpin UMNO yang mengulas isu ini, tidak ada seorangpun yang berani menamakan pemimpin PAS yang dikatakan mengungkapkan kata-kata itu. Takut disamankah? Kalau demikian, kenapa pula tidak malu melemparkan tuduhan sembrono?
Cuma saya tertarik apabila Anuar Safian menyatakan bahawa provokasi yang dilakukan boleh menyebabkan ketegangan dan suasana tidak selesa. Baguslah kalau Anuar Safian telah insaf bahaya provokasi. Cuma janganlah dilupa sangat bahawa UMNO lah yang merupakan parti yang tegak bersama dengan provokasi. Anuar Safian kalau benar tidak berkenankan provokasi, marilah bersama-sama dengan PAS.
takkan Anuar Safian tak kenal sedara kita ni?
yang ini dinamakan perdamaian, bukan provokasi
tindakan mulia puteri UMNO….
Filed under: Isu Semasa, politik |
Leave a Reply