Ganas : UMNO Perlu Melihat Sejarah

mustafa

Hari ini terpampang di muka hadapan Sinar Harian kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed di bawah tajuk Kita Bukan Nak Berperang. Beliau dikatakan kesal dengan kenyataan pemimpin PAS yang sanggup ‘bergocoh’ atau bertumbuk demi pertahankan DUN Manek Urai. Di dalam kenyataan lanjutnya, beliau juga menyebut istilah ‘bertumpah darah’ yang didakwanya diucapkan oleh pemimpin PAS.

Kita tidak tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Mustapha, namun perlulah diingatkan bahawa istilah ‘bertumpah darah’  sangat-sangat difahami oleh rakyat Kelatan. Ia bukanlah dengan makna menumpahkan darah dan berperang. Tetapi ia difahami sebagai berusaha bersungguh-sungguh. Samalah jika disebut ‘bercawat kote’ bukanlah bermakna memakai cawat, tetapi berhempas-pulas. Jika Mustapha boleh memahami dengan jujur, saya rasa ia bukanlah satu masalah yang besar.

Bagaimanapun, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustapha membayangkan bahawa UMNO benar-benar merupakan parti yang sama sekali tidak inginkan keganasan dan bertindak ganas. Jika dilihat dari konteks ‘bergocoh’, rakyat Kelantan tidak lupa dengan aksi YB Nozula Mat Diah di dalam Sidang DUN Kelantan hampir dua tahun yang lepas. Itukah yang dinamakan perdamaian dari kaca mata Mustapha?

UMNO mungkin tidak suka ‘bergocoh’, namun mereka pernah merempuh masuk perkampungan Memali dan menyebabkan berbelas-belas individu tidak berdosa mati pada tahun 1985. Begitu juga dengan penubuhan Pemuda Tahan Lasak satu ketika dulu yang menyebabkan kekacauan hasil perbezaan fahaman politik. Akta ISA yang zalim juga adalah bukti yang masih wujud jika ingin berbicara soal perdamaian.

UMNO mungkin tidak suka ‘bergocoh’, tetapi lebih dari itu, mereka sanggup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: