PAS Sentiasa Konsisten

Tertarik saya membaca kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa bahawa PAS tidak konsisten dengan slogan mereka. Malah katanya, dalam sesetengah kes, PAS sering bercanggah dengan slogannya sendiri. Contohnya, dulu parti itu mengemukakan gagasan hudud qisas diikuti negara Islam dan kemudiannya negara berkebajikan, kerajaan perpaduan dan akhirnya Islam untuk semua.

Jika demikianlah pola pemikiran seorang penasihat agama kepada orang yang paling berkuasa, ia amatlah benar-benar menyedihkan. Ini kerana seorang penasihat tentunya akan menasihati dengan perkara yang betul dan tepat mengenai agama bukan memandu ke arah yang sesat.


Adalah diakui bahawa PAS menukar pendekatan dan kaedah mengemukakan gagasan. Namun ia tidaklah bertentangan di antara satu sama lain. Satu ketika kita menyebut berkenaan dengan negara Islam, tetapi UMNO telah berjaya menanamkan prejudis yang mendalam di kalangan kaum bukan Melayu / Islam terhadap apa yang dinamakan sebagai negara Islam. Lalu PAS mengemukakan gagasan negara berkebajikan. Soalnya, adakah negara berkebajikan dan negara Islam merupakan idea yang bertentangan. Tentulah sama sekali tidak. Bahkan negara berkebajikan itulah sebenarnya negara Islam! Benar, kebajikan ialah salah satu dari ciri-ciri negara Islam.

Bukankah Allah SWT sendiri mempunyai 99 nama? Adakah al-Jabbar berlawanan maknanya dengan ar-Rahman? Tidakkah ia merujuk kepada Zat Allah yag sama? Saya rasa penjelasan ini sangat mudah difahami oleh seorang penasihat agama yang mempunyai Phd!

Rasulullah SAW mempunyai banyak nama. AL-Quran mempunyai banyak nama. Hari kiamat digelar dengan pelbagai nama. Maka di antara sifat bagi sebuah negara Islam ialah ia berkebajikan. Soal kenapa PAS tidak menyebut negara Islam dan hanya menonjolkan sifat kebajikan ialah kerana kerja jahat UMNO/BN yang telah berjaya membuat manipulasi terhadap nama ‘negara Islam’ itu sendiri.

Sebenarnya yang tidak konsisten ialah UMNO sendiri. Sepatutnya Datuk Dr. Abdullah menjawab di manakah letaknya sekaranga dasar Islam Hadhari yang dahulunya diseminarkan, diforumkan bahkan berguni-guni kertas kerja sudah dihasilkan untuk mengupas idea Islam Hadhari. Sekarang, adakah sudah tenggelam dengan gagasan One Malaysia? UMNOlah sebenarnya tidak konsisten!

3 Responses

  1. Namun puak sana sentiasa memandang kepada keburukan puak sini dan puak sini sering tidak ternampak keburukan sendiri. Apa yang terjadi adalah sama ada mereka tidak menilai kita dengan adil atau kita terlalu membela diri dengan kenyataan sebegini.

  2. Islam tertegak dengan hujjah. Kebenaran dan kebatilan hanya dapat dibuktikan dengan hujjah berasaskan kepada nas-nas yang sahih. Bukan andaian dan persepsi yang menjadi hakim.

  3. salam.
    kesian ulama umno…
    apa yg mereka cari?
    apa yg mereka dapat?
    dunia…mungkin…
    akhirat?
    saya kekadang takut memikirkannya…
    Allah sudah beritahu dalam al-Quran.

    Bertaubatlah…jadilah ulama yg sebenar
    Yang menunduk hanya kepada Allah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: