Kembara ke Semporna, Sabah

17 Mei 2009 – Walaupun hati saya meronta-ronta ingin pulang, apakan daya tiket yang dibeli oleh pihak PASTI Kelantan mencatatkan tarikh pulang pada malam esok. Nampaknya dua malam lagi lah terpaksa bermalam di bumi Di Bawah Bayu ini. Bukan apa, di mata sudah terbayang-bayang tanggungjawab yang saya tinggalkan di bumi Kelantan. Bagaimanakah isteri saya melayan karenah dua mujahid yang cukup melelahkan itu? Bagaimana pula ibubapa saya mengambil alih tugas saya menjaga keluarga? Bagaimana pula dengan minggu peperiksaan yang sedang bermula di KIAS? Soalan-soalan yang perlu saya tashihkan bagaimana? Berapa helaikah surat yang diselitkan oleh kerani di pintu pejabat saya yang berkunci? Aduuh, hatiku ingin pulang… Namun, kerana tiket menyatakan malam esok, malam esoklah.. Lainlah kalau kamu boleh terbang ye bah, kata orang Sabah.

Hari ini jadualnya ialah meninjau PASTI (atau singgah makan) di Semporna Sabah. Perjalanan dari Tawau memakan masa selama hampir dua jam dengan bas yang sudah layak untuk dimuziumkan…. Bumi Semporna sebenarnya masih belum sempurna keadaannya. Ahli Parlimennya pula diamanahkan menjaga negeri Kedah, adakah ada masa pulang ke kampung menjenguk bumi ini?

Mengikut cerita orang di sini, pendudukanya berbilang bangsa dan kabilah. Melayu, Cina dan India merupakan terasnya. Selainnya terbahagi kepada Bajau dan Bajau Laut. Kebanyakannya beragama Islam. PASTI di sini nampaknya lebih hebat dari sesetengah tempat di Kelantan. Mungkinkah kerana keadaan yang ditekan, mereka mampu bergotong royong membina dan menjaga PASTI dengan penuh sistematik. Berlainan dengan Kelantan yang nampak gayanya sudah mula dibelit dengan budaya fulus jika mahu bekerja (perlu datangkan bukti ke?)🙂

atas bas

Ahli-ahli Lembaga Pengarah PASTI Kelantan bersiap sedia mencemar duli..

PASTI sempornaBersama Dato’ Abu Bakar Chik dan YB Dato’ Mahfuz

padi&longkangpelik gak tengok padi ni ditanam dalam longkang… pemandangan berhampiran PASTI Semporna

mukhtarSalah seorang penduduk Semporna

husband&wifepasangan suami isteri.. peniaga di Pasar Semporna

pengkalan sempornaPengkalan Semporna.. Jika mahu ke Pulau Sipadan, mesti lalu di sini pak..

One Response

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: