Amanah : Persoalan Yang Akan Dijawab di Akhirat Kelak

Saya menulis posting ini ketika sedang menunggu penerbangan Kota Bharu – Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 3.00 petang ini. Sekarang sudah jam 2.45 petang. ‘Delay’ ialah satu perkataan yang sangat terkenal di sini.

Pagi tadi, saya dijemput untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk Huffaz Generasi Pelapis Harapan Negara di Balai Islam, Lundang. Ia sempena Majlis Himpunan Huffaz Seluruh Negeri Kelantan sempena 30 tahun pemerintahan DYMM Sultan Kelantan. Berada di tengah-tengah golongan huffaz membawa kembali kenangan sewaktu berada di peringkat sekolah menengah di Maahad Tahfiz al-Quran, Pulai Chondong 10 tahun yang lampau… alangkah, jika masa dapat diputar semula.

Sebenarnya, sudah lama saya ingin menulis. Kerana blog ini rasanya sudah usang kerana lama tidak dibaiki. Umpama rumah tidak bertuan. Dikekang oleh kesibukan yang menyerang dari pelbagai sudut, saya tidak punya masa dan upaya yang cukup untuk sekadar ’log in’ ke blog ini.

Namun, hari ini rasa ingin mencoretkan sesuatu. Apatah lagi bila usai muktamar dewan pemuda PAS negeri Kelantan pada 9 Mei yang lalu, dengan jawatan baru sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, terasa di sudut hati saya betapa beratnya amanah yang bakal dipikul. Apatah lagi apabila di peringkat kawasan Pasir Mas, saya diminta menggalas tugas sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda, bebanan rasanya semakin bertambah. (tiba-tiba ada pengumuman, flight ke KL delay ke pukul 4.15 petang…..)

Amanah menggalas tugas di dalam parti ini bukan satu kerja mencari keuntungan. Ia tugas yang tidak bergaji. Ia menuntut satu pengorbanan, bukan sahaja dari penggalas tugas, tetapi dari isteri dan keluarga. Jika anda seorang bapa, maka isteri anda perlulah bersedia menjadi ibu dan juga menjadi bapa pada masa-masa tertentu. Pukul 12.00 malam biasanya tidak menjadi detik di mana seorang penggalas tugas berada di rumah. Pukul 12.00 malam ialah saat di mana si ayah masih berada di meja mesyuarat, pentas ceramah atau di dalam perjalanan. Sedangkan ibu dan anak-anak terpaksa bangun keesokan hari bergegas menunaikan tanggungjawab masing-masing, dan si ayah juga tidak terkecuali. Maka, tidaklah dihairankan jika tanggungjawab ini sudah banyak menyaksikan keguguran di tengah-tengah medan perjuangan.

Namun, untuk menggalas amanah ini, sudah ramai yang sanggup bertempur. Bukan di medan perang, tapi di medan ukhuwwah. Kadang-kadang menyentuh peribadi dan maruah. Tidak kurang yang melobi persis ’rakan kita di seberang sana’. Adakah di sebalik kejayaan menggalas tugas, adanya habuan duniawi yang turut dikejar? Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Amanah… ia akan ditanya di hadapan Allah.

– 14 Mei 2009,  Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, KB.

4 Responses

  1. Salam Akhi Fadhli..
    Usah dirintih atas suatu bebanan yg bernama AMANAH..usah diungkitkan ‘Tadhhiyyah’ yg bakal dilangsung..usah dan usah..kerana dah adatnya begitu..kalu diungkit atau disebut, nampak macam nak mengangkat dan membangga diri. Apa yg penting, apa yg akan enta buat dan sumbangkan utk masyarakat.masyrakat tak perlu dan tak nak tahu apa yg bakal dan sedang enta tempuhi sepanjang menggalas 2 jawatan itu, apa yg mereka dan saya mahukan ialah..”apa yg Fadhli akan buat? apa sumbangan dia? adakah cukup sekadar menggantikan TGNA di kulaih pagi Jumaat?dan bla bla bla bla…” .memang jawatan AJK PAS Negeri dan NYDP Pemmuda P.Puteh adalah jawatan tak bergaji tapi masakan tidak dibalas dgn populariti…bahkan tiap kali diundang ceramah, pangkat itu akan jadi pemangkin peneguh prestasi..
    Akhir kalam…pada hemat saya, cetusan rasa enta tu sama je dgn ‘cetusan hati’ sesapa yg baru memikul jawatan..harapan saya….biarlah enta ingat sampai bila2 sepanjang menggalas jawatan2 itu apa yg telah ditulis oleh enta sebagai certusan hati ini…jgn kejar populariti walaupun memang populariti sedang menanti..krn enta kena tahu masyarakat hari ini sudah mula memandang dan menilai Pemuda dan PAS sendiri bagaikan UNMO lagak dan jatidiri…cara berpakaian, berkereta, berbini, berperniagaan dan ntah apa lagi yg dah mula serupa dgn spesis UMNO cuma yg tak serupa pada 3 perkara…TAK RASUAH (tapi dah ada bunga-bunganya…), TAK BERJUDI DAN TAK BERZINA…

    wassalam

    • Salam…
      Maaf le kalau Akhi rasa sedikit ‘pedas’…tapi elok dah sedikit ‘pedas’ tu sebab yg menyelerakan Nasi Kerabu tu adalah rasa sedikit ‘pedas’nya..
      Itulah hakiki yg sedang kita (jemaah) alami sekarang. Akhi sebagai NYDP dan AJK DPPK berperanan besar skrg ni…
      Bagi saya dan kami di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini..saya dan kami mahukan jemaah lebih elok pada mada sekarang dan akan datang…Sepanjang pemerhatian, jemaah di sini nampak tempang kalau nak banding dgn di Selangor, Wilayah dsb…Usrah ? Tamrin ? … berapa % boleh bagi markah ?
      Oleh yang demikian, sudah kena dgn MASA dan BATANG TUBUH Akhi menjawat bebanan NYDP&AJKDPPK tu…
      Sekian…

  2. terima kasih di atas ingatan… walaupun ada sedikit ‘pedas’, tetapi ia tetap satu peringatan yang baik.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: