Dato’ Ibrahim Ali Diminta Menarik Balik Kenyataan – Ketua Penerangan DPPKPM

28 Disember 2008 – Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, YB Datuk Paduka Ibrahim Ali diminta menarik balik kenyataan yang menyatakan bahawa PAS telah berubah prinsip di dalam memperjuangkan Islam seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Ini kerana kenyataan tersebut merupakan satu tanggapan yang salah terhadap PAS dan tidak sepatutnya lahir dari seorang wakil rakyat yang menang dengan menggunakan lambang PAS, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari.

 

Menurutnya lagi, Ibrahim yang turut menyifatkan bahawa PAS dan DAP umpama kucing dengan tikus di mana DAP ialah kucing dan PAS ialah tikus seolah-olah ingin meletakkan dirinya sebagai seorang pejuang Melayu yang tulen dengan menolak terus kerjasama PAS dengan DAP di dalam membentuk kerajaan di Perak dan Selangor.

 

”Ibrahim perlu sedar bahawa PAS tidak pernah berundur daripada hasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan ia telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu. Tetapi yang menjadi penghalang ialah kerajaan pusat yang ditunjangi ileh UMNO. Peliknya, Ibrahim meminta supaya PAS menerima tawaran UMNO untuk bekerjasama. Jika demikian, tidakkah PAS juga akan menggadaikan prinsipnya?”. ujar beliau lagi.

 

”Tidakkan Ibrahim menyedari bagaimana kerajaan PAS Kelantan saban tahun mengadakan hari hudud bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat pendedahan dari masa ke semasa mengenai undang-undang ini? Cuma di dalam keadaan sekarang di mana Pakatan Rakyat tidak menguasai kerajaan Pusat, apa gunanya PAS terus menerus menyuarakan hasrat sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang boleh ditangani di lima negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat? PAS tidak seperti UMNO yng gemar beretorik tetapi tidak pernah mempunyai kesungguhan untuk melaksanakannya.”

 

”Seelok-eloknya, Ibrahim kembalilah semula ke pangkuan UMNO yang sedang nazak itu kalau PAS sudah dianggap menggadaikan prinsip,” katanya lagi.

4 Responses

  1. Hey Ahmad Fadhli!

    Buat apa kau layan lahabau ni! That moron is non-existent. Jangan kau bodohkan diri sendiri.

  2. salam…

    hai cap payung ni tak habis-habis main perumpamaan binatang. Pas tikus la, dap kucing la.

    tikus dengan kucing duduk atas rumah, berbanding katak yang tak ada rumah (bebas konon).

    hanya katak di bawah tempurung yang tidak melompat.

  3. Selamat Tahun Baru🙂

    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com

  4. Assalamualaikum

    Akan datang takdelah dia dapat bertangding lagi nampaknya. Rasanya tok guru nik aziz kena bersemuka dengan dia. Dia ni kacang lupakan kulit.

    Menang guna tiket PAS, pastu nak hentam PAS plak. Kalau nak kritik, biar kritikan yang ada fact and pack.

    Badan Perhubungan PAS Negeri boleh minta dia letak jawatan. Kita bertanding semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: