Sepasang Kasut Yang Menggemparkan Dunia!

 

Kalau anda pernah menonton filem Children of Heaven yang diterbitkan apda tahun 1998, anda tentunya dapat merasai sentuhan hati yang dicetuskan hanya oleh sepasang kasut. Ternyata filem ini yang perbelanjaanya tidaklah sebesar filem Puteri Gunung Ledang (PGL) yang hebat itu, namun ia mampu menggegarkan dunia filem dengan memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Berbanding dengan filem PGL yang penuh dengan adegan berkemban, namun tidak punya sebarang nilai untuk dikongsi bersama masyarakat. Children of Heaven boleh dirujuk di sini.

 

Hari ini selepas 10 tahun, sepasang kasut sekali lagi menggemparkan dunia. Tetapi bukan melalui filem, bahkan ia benar-benar berlaku di dunia realiti. Ia tercetus dengan lemparan seorang wartawan Iraq, Muntadar al-Zeidi yang membalingkan kasutnya ke muka Presiden Amerika Syarikat, George W Bush ketika lawatan perpisahannya ke bumi yang dijajah itu kelmarin. Satu lemparan yang baik, namun sempat dielakkan oleh George Bush. Menurut laporan, wartawan televisyen Iraq itu melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan memanggilnya ‘anjing’ pada satu sidang akhbar di Baghdad. Ia diikuti dengan kata-kata, “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.”

 

Hari ini, boleh dikatakan semua media di seluruh dunia melaporkan mengenai kejadian ini. Sepasang kasut Muntadar al-Zeidi  benar-benar telah menggemparkan dunia! Kita tidak kenal siapakah Muntadar al-Zeidi yang bertanggungjawab mencetuskan insiden ini. Namun, melalui kata-kata yang dilemparkan bersama lontaran kasut itu, secara zahirnya beliau tentunya menyimpan rasa marah yang benar-benar mendalam terhadap presiden yang akan bersara itu.

 

Biarpun ia hanya sepasang kasut, namun itulah lambang kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap Amerika. Ia mungkin bukan untuk Bush semata-mata, tetapi ia lebih kepada peringatan kepada Amerika Syarikat, bahawa dasar-dasar luarnya tidak pernah disenangi oleh masyarakat antarabangsa. Di zaman Bushlah, Afghanistan dan Iraq menjadi tanah terjajah hanya kerana ranapnya World Trade Center di atas sebab-sebab yang masih menjadi misteri. Di zaman Bush jugalah, Islam dikaitkan secara serius dengan keganasan yang menghasilkan tangkapan menyeluruh kepada mana-mana aktivis yang disyaki di seluruh dunia. Dan jangan dilupa, bapa Bush jugalah yang bertanggungjawab melakukan sekatan ekonomi terhadap Iraq bermula tahun 1992!

 

Hari ini, Bush akan bersara. Lawatannya ke Iraq ialah lawatan yang terakhir sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ia merupakan satu majlis perpisahan. Namun hadiah perpisahan itu ialah sepasang kasut. Kegunaan kasut sebenarnya untuk dipakai di kaki, tetapi hari itu ia dilemparkan ke muka Bush. Apakah muka Bush mahu disamakan dengan kaki, hanya Allah yang mengetahui. Namun hakikatnya, mungkin ramai yang dukacita apabila Bush berjaya mengelak, alangkah baiknya kalau kasut itu mengenai sasarannya.

 

Muntadar al-Zeidi mungkin tidak berjaya memastikan lemparannya mengenai sasaran. Tetapi dia berjaya melahirkan rasa benci terhadap dasar Amerika. Ia juga berjaya menjadikan hari kelmarin sebagai hari yang dikenang selamanya dalam hidup Bush. Mungkin bagi Bush, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan, namun sekurang-kurangnya ia merupakan peringatan kepada mana-mana pemimpin Amerika Syarikat selepas ini bahawa dasar luarnya menjadikan negara mereka dibenci. Obama mungkin dapat belajar sesuatu dari insiden ini.

 

Harapnya, pemimpin Malaysia yang akan bersara tidaklah mendapat ’hadiah’ seperti ini.

 

Ahmad Fadhli Shaari

16 Disember 2008

 

A shoe is raised during a protest against the visit to Iraq of US President George W. Bush, in the Shiite stronghold of Sadr City in Baghdad, Iraq, Monday. Dec. 15, 2008.

A shoe is raised during a protest against the US President’s visit in the Shiite stronghold of Sadr City in Baghdad, Iraq, Monday. Dec. 15, 2008.

 

 

7 Responses

  1. salaam
    barakallah ya ust!
    idak ana top tahu lagi berita ni

  2. Kalau kau rasa kau mampu melempar kasut ke arah Bush dengan lebih baik. Apa kata kalau kau cuba permainan ini. Permainan yang diberi nama “Sock and Awe” ni dibangunkan berdasarkan insiden tersebut.

    Cubalah kalau berani.

  3. salam,ap kbr ust?hrp sht dsmping tgsn2 hrian..ust,kalu ust nak msukkn blog alumni2 kias ke link blog alumni kias yg ust kndalikn tu, ust bleh ambil smua blog shbt2 di acheh dan msir di blog ana-arruhuljadid86.syukran ust.

  4. ok… insya-allah.. bagaimana kalau anta jadi salah seorang daripada moderator alumnikias? sebb ana nak cari setiap batch seorang wakil utk tujuan memasukkan bahan?

  5. salam,ana cdgkn ust letak zaim je wkil bg acheh ust…dia bnyk tahu cra nk kndlikn blog,hntr artkl dll..ana bntu2 dia bleh la kot.hehe..

  6. Saya berharap dapat lempar terompah kayu..i wish so..apalah sgt sepasang kasut berbanding kekejaman n muslihat menghancurkan Islam yg telah terencana…

  7. ntah2 Bush upah kot utk nak amik perhatian masyarakat dunia supaya kesian kat dia…manalah tau…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: