Zulhijjah Yang Menggamit Kenangan

bitoqoh

“Esok anta buat pemeriksaan kesihatan, dapatkan suntikan dan jangan lupa gambar pasport beberapa keping. Tahun ini anta akan pergi haji..” Ringkas kata-kata Dr Johari Mat, Ketua Eksekutif KIAS di hujung talian benar-benar membuat saya terkejut. Benarkah ini? Atau hanya satu mimpi?

”Pemergian ini percuma, ditaja oleh kerajaan Saudi”, penerangan beliau meyakinkan lagi saya bahawa benar-benar Allah SWT telah memilih saya untuk menjadi tamuNya pada tahun tersebut, 1428 Hijrah. Bertamu di bumi suci adalah sesuatu yang sangat diimpikan tentunya oleh setiap muslim, apatah lagi kalau pemergian itu percuma.

 

Menjadi Tetamu Khadimul Haramain

Di atas nama dhuyuf khadimul haramain, saya dan pendaftar KIAS, Dr Yaacob Yusuf menjadi wakil untuk menyertai program ini. Bersama kira-kira 50 orang peserta dari seluruh Malaysia yang mewakili pelbagai instituti, kami bertolak ke bumi Mekah pada 11 Disember 2007. Seingat saya, di antara instituti pendidikan yang turut menghantar wakil ialah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Universiti Malaya, UKM dan KUIN. Turut serta wakil dari pelbagai pertubuhan termasuklah An-Nida’, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan lain-lain.

 

Kali pertama menjejakkan diri di bumi Mekah benar-benar membuat hati ini tersentuh. Apa yang menjadi mimpi selama ini akhirnya menjadi realiti. Berdiri di hadapan Baitullah al-Haram di tengah-tengah jutaan manusia yang melaut benar-benar membuatkan diri kita kerdil. Di Mekah, kami diberikan penginapan di Hotel Coral Mecca yang jaraknya lebih kurang ¾ kilometer ke Masjidil Haram. Bersama dengan lebih kurang 500 orang jemaah yang ditaja secara percuma dari seluruh dunia benar-benar memberikan pendedahan bahawa ukhuwwah Islamiah tidak pernah mengenal warna kulit. Itulah Islam. Ia tidak terbatas dengan batasan warna kulit dan kaum. Islam tidak pernah mengenal konsep ketuanan mana-mana bangsa. Kerana yang menjadi tuan ialah orang-orang yang bertaqwa. Bahkan kadang-kadang yang mendakwa menegakkan ketuanan bangsanya itulah yang hakikatnya menjadi pengkhianat.

 

Hotel Coral Mecca salah satu daripada hotel yang berprestij. Kadang-kadang terasa kerdil diri mendapat layanan yang istimewa sedangkan tujuan kehadiran ialah untuk beribadat. Alangkah jauhnya selesa musafir ini jika dibandingkan dengan langkah-langkah sepi Nabi Ibrahim bersama isteri dan anaknya yang masih kecil ribuan tahun lampau yang turut bertapak ke bumi ini. Kesejukan malam dan kepanasan di siang hari hampir tidak menjamah kulit berbanding dengan mereka tiga beranak yang berkelana ke bumi yang kontang ini demi meyahut seruan Allah. Sungguh.. jauh sekali jika dibuat perbandingan.

 

Kami dijamu dengan makanan yang mewah. Pagi, tengah hari dan malam sentiasa penuh di meja dengan hidangan untuk perlbagai rasa. Jika tidak berselera menjamah makanan arab, nasi untuk bangsa Melayu turut dihidangkan. Roti dan buah dengan pelbagai rasa disediakan seolah-olah menjamu tetamu diraja. Jika Shah Rukh Khan datang ke Melaka disambut dengan penuh istimewa untuk di’datuk’kan oleh pembesar Melaka, maka layanan yang diterima selaku tetamu kerajaan Saudi saya rasa tidak kurang hebatnya!

Berkhemah di Mina dan Arafah

          Begitu juga di Mina, kami disediakan khemah yang paling dekat dengan jamrah untuk melakukan lontaran. Kadang-kadang terasa malu dengan sebahagian jemaah Malaysia yang sudahpun uzur namun mampu berjalan berkilometer jauhnya dari seberang terowong Muassim untuk melontar, sedangkan kami yang masih muda dan gagah, hanya berjalan selangkah dua tanpa mujahadah yang tinggi. Semoga Allah menerima ibadah ini. Hebatnya seruan Nabi Ibrahim beribu-ribu tahun yang lampau, berdiri di atas jamrah kita akan dapat melihat jutaan manusia membentuk lautan munajat dengan hanya satu seruan, Labbaikallah…

Demikian jualah sewaktu wukuf di Arafah, kami sentiasa diisi dengan tazkirah-tazkirah ilmiah dan gesaan untuk memperbanyakkan doa. Bukankah sunnah Rasulullah SAW, menjamakkan solat pada hari wukuf demi untuk membanyakkan doa. Sungguh, syahdu rasanya melihat kiri dan kanan, rakan-rakan asyik mengalirkan air mata dalam memanjatkan doa tanpa henti. Kenapakah hati ketika berada di sini terlalu mudah tersentuh..? Ya Allah, kekalkan hati ini di atas agamaMu. Saya berdoa, memang banyak permintaan saya. Namun yang paling saya ingat ialah doa saya ketika di Arafah, di Baitullah, di Masjid Nabawi, dan ketika melakukan lontaran… ”Ya Allah, hancurkanlah UMNO sehancur-hancurnya..” Alhamdulillah, 8 Mac lalu menyaksikan Allah telah membuka pintu kehancuran buat parti sekular ini! Ia bukanlah kerana doa saya barangkali, tetapi doa seluruh hamba Allah yang ingin melihat Islam berdaulat.

 

Semoga Zulhijjah Itu Tiba Lagi

          Kemesraan rakan-rakan dari seluruh dunia, keramahan para masyaikh menjawab soalan dan menyampaikan tazkirah, serta senyuman ikhlas dari para petugas program membuatkan saya rindu.. bilakah zulhijjah seperti itu akan tiba lagi? Mungkinkah itu kali pertama dan terakhir? Entahlah. Kaki ini sekali lagi mahu menapak ke sana. Benar, dua minggu lewat Zulhijjah 1428 belum cukup untuk memadu kasih di bumi haram. Terima kasih tuhan. Aku ingin diseru lagi!

 

5 Disember 2008

 

 

burung

burung-burung berkeliaran di luar Masjidil Haram

press

ditemuramah oleh wakil agensi berita (ntah wakil mana.. try-try tengok dalam akhabr takde)

men-women

suami isteri berdoa di luar Masjidil Haram… kasih kekal ke hujung usia

 

solat

jemaah bersolat di Mina

 seminar_800x600

 Forum

arafah

di Padang Arafah

 ihram1

ni baru sampai ni… buat umrah qudum

dscn0599_1024x768

ni pulak menjamu makan di khemah Mina

Depan Masjidil Haram 

Depan Masjidil Haram.. pagi pertamaku di bumi ini

aksi-berani

jemaah haji bertolak balik ke mekah selepas hari tasyrik

 Jual karpet

peniaga mencari rezeki jumaat terakhir sebelum wukuf

2 Responses

  1. Aku pun ingin diseru.
    Hmm

  2. salam alaik..

    Ana & famili ana pun nak juga pergi Baitul ‘Atiq mcm saudara…
    Doa2 kan moga ALLAH terima permohonan ana ini…insya-Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: