Islam Hadhari yang Mengkagumkan Obama

Di tengah-tengah konflik politik yang memuncak selepas pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac yang lalu, kita menyaksikan bagaimana idea Islam Hadhari sudah mula ditinggalkan khususnya oleh pimpinan negara. Tidak lagi kedengaran berdegar-degar di sana sini penghayatan Islam Hadhari sebagaimana ketika ia mula diperkenalkan dahulu. Jika dahulu, agensi-agensi kerajaan berlumba-lumba mereka-reka slogan dan merangka program untuk menghayati Islam Hadhari, namun kini susasana tersebut sudah tiada. Ditambah pula dengan pengasas Islam Hadhari yang kini meniti masa penghujung kuasa, masyarakat seolah-olah ternanti-nanti pula model Islam manakah yang akan dibawa oleh penggantinya, Datuk Seri Najib Razak. Islam yang bagaimana pulakah akan menjadi slogan baru dalam pentadbirannya nanti? Sudah tentu bukan Islam Hadhari yang sudah semakin ketinggalan.

 

Bagaimanapun, dalam suasana tersebut, akhbar Berita Harian hari ini di bawah tajuk Islam Hadhari pilihan Obama melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka memilih Malaysia sebagai model negara Islam berikutan tertarik dengan pendekatan kesederhanaan dalam beragama atau Islam Hadhari diamalkan negara ini.Menurut laporan tersebut lagi, ia berikutan kehendak Obama yang ingin menjalinkan hubungan baik dengan penganut-penganut agama yang lain lalu model Islam Hadhari yang diamalkan di Malaysia menjadi pilihan bakal manusia yang paling berkuasa itu.

 

Baguslah kalau betul niat Obama sedemikian. Malangnya kenapalah Islam Hadhari pula yang menjadi sebutan dan ikutan? Adakah ia benar-benar keluar dari mulut Obama atau hanya rekaan laporan akhbar semata-mata dalam memberikan kredit kepada seorang insan yang sedang berada di penghujung kuasa? Alangkah lucunya kalau kebebasan beragama di negara ini wujud dikatakan kerana amalan Islam Hadhari. Jika demikian, sebelum lahirnya mazhab Islam Hadhari ini, tidak wujudkah kebebasan dan keamanan dalam beragama di negara ini?

 

Sedarkah kita bahawa Islam Hadhari yang diasaskan oleh Pak Lah ini sebenarnya hanyalah slogan kosong yang tidak mempunyai apa-apa pengisian positif. Di manakah kejayaan Islam Hadhari selepas diperkenalkan pada tahun 2003 dahulu? Kes-kes jenayah yang meningkat dan kini pertelingkahan dalaman UMNO yang melibatkan beberapa kem bahkan hari ini UMNO sudah berada dalam keadaan paling lemah dalam sejarah, itukah dia bukti kejayaan Islam Hahdari?

 

Percayalah, Islam Hadhari selepas Mac 2009 ini pasti akan berkubur tanpa nisan.

 

AHMAD FADHLI SHAARI

22 November 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: