Kewajipan Bersederhana Di Dalam Dakwah

Sederhana di dalam berdakwah merupakan satu tuntutan penting kepada setiap yang bergelar da’ie. Ia amat berperanan di dalam menjaga kelansungan dakwah dan seterusnya memelihara keamanan masyarakat muslim. Bahkan Islam sendiri meletakkan tiga garis  utama di dalam penyampaian dakwah iaitu hikmah, peringatan yang baik dan perdebatan yang tidak melampau. Jika ditinjau melalui sunah juga akan kita dapati perintah-perintah dan juga contoh yang tidak sedikit yang menceritakan mengenai hikmah Rasulullah SAW di dalam menyampaikan Islam kepada manusia.

 

Sesungguhnya perlulah diingatkan bahawa pendakwah yang sebenar tidaklah mengharapkan apa-apa ganjaran daripada usaha dakwahnya itu. Tidak terlintas untuk dia mengharapkan apa-apa ganjaran duniawi, jauh sekali untuk merebut pangkat dan kuasa. Apa yang menjadi niatnya hanyalah untuk memperkenalkan Islam kepada golongan sasaran. Seterusnya meningkatkan kefahaman manusia terhadap Islam dan memastikan Islam terus syumul dan hidup di tengah-tengah masyarakat. Jika Islam telah diamalkan, hatinya terasa puas hati dan gembira sekalipun dirinya tidak pernah menerima habuan dan upah dari kerjanya. Jauh sekali dia bersedih jika kerja-kerjanya tidak dikenang oleh manusia khususnya yang meraih keuntungan daripada usaha yang dia lakukan.

 

Pada masa kini, jelas sekali keperluan sikap bersederhana di dalam dakwah apabila Islam dicop sebagai agama yang mempunyai imej pengganas. Jenama keganasan yang dipakaikan kepada Islam sekalipun secara tidak adil sedikit sebanyak telah mempengaruhi manusia untuk menjauhkan diri daripada agama ini. Bukanlah merupakan satu perkara yang senang untuk membetulkan kembali persepsi yang telah terbentuk sekian lama di benak-benar golongan yang tidak pernah kenal Islam ini.

 

Hari ini wujud pula golongan yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk memperjuangkan Islam. Lalu menggabungkan diri di dalam jemaah dan persatuan tanpa meneliti ketepatan manhaj dengan sunnah Rasulullah SAW. Akibat kejahilan dan ketandusan ilmu dan maklumat yang sahih, mereka akhirnya terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang melanggar syarak samada dari sudut akidah, amalan syariat dan juga akhlak. Jelas sekali dengan semangat sahaja belum cukup untuk membuat satu keputusan, ia perlulah dibekalkan dengan ilmu yang benar-benar bersumberkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

 

Sebahagian kita ada yang seringkali mempertikaikan niat individu atau golongan lain yang melakukan kebaikan. Kita beranggapan bahawa kebaikan tersebut mempunyai niat yang buruk terhadap Islam khususnya. Jikapun demikian, tidak sepatutnya pertikaian tersebut didedahkan di khalayak ramai yang akan membatalkan terus niat yang telah dipasang. Lain kiranya individu atau golongan terbabit telah berulang kali melakukan perkara yang sama yang akhirnya terbukti mempunyai niat yang tidak baik. Lihatlah Rasulullah SAW yang tidak pernah mempertikai niat Abu Talhah yang memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan Ummu Sulaim. Abu Talhah seterusnya menjadi muslim yang baik dan berperang di jalan Allah dengan penuh keimanannya.

 

Ada juga yang suka mengambil pendekatan yang memberatkan di dalam menyebarkan ilmu di tengah-tengah masyarakat. Lantas timbullah tanggapan bahawa Islam satu agama yang sukar dan payah untuk diamalkan. Fiqh Islam disebut dalam keadaan yang sangat memayahkan dan dipaksa pula untuk dikongkong di bawah satu pandangan sahaja lalu memayahkan umat Islam untuk beramal dengan selesa. Maka muncullah sindrom yang pelik seperti takbiratul ihram berulang kali kerana tidak memasukkan qasad dan ta’yin yang kadang-kadang hanya difahami oleh satu golongan sahaja.

 

Selain itu, timbul pula gejala kafir mengkafir di atas fahaman politik yang masih boleh dimaafkan. Ruang bertolak ansur yang luas dipersempitkan dengan pandangan-pandangan yang garang dan keras, akhirnya menjauhkan terus manusia daripada Islam.

 

Sesungguhnya Islam tidak menolak semangat muda yang berkobar-kobar, tetapi Islam juga meletakkan garis panduan yang sangat mu’tadil mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Jadikanlah sabda Rasulullah SAW ini sebagai panduan :

لا تشددوا على أنفسكم فيشدد عليكم، فإن قومًا شددوا على أنفسهم، فشدد الله عليهم

Yang bermaksud : Jangan memberatkan ke atas diri kamu, (jika tidak) akan diberatkan ke atas kamu. Kerana sesungguhnya ada kaum yang memberatkan diri mereka, lalu Allah (benar-benar) memberatkan mereka. (Hadis riwayat Abu Daud, menurut al-Albani, hadis ini dhoif kerana mengandungi seorang perawi bernama Sa’id bin Abd’ Rahman bin Abi al-Umya’, wallahua’lam.)

 

AHMAD FADHLI SHAARI

17 November 2008

 

 

4 Responses

  1. salam…
    apa khabar?lama tak dengar khabar enta..
    rumah baru dah siap belum?ana masih di Makkah..lepas haji ni balik insyallah

  2. Assalamualaikum akh fadhli shaari….
    dah lama tak sebut nama ni…alhamdulillah. dengan kewujudan nama enta di TKO, ana tahu akan adanya blog enta di alam maya ini. tertarik juga ana nak sentuh sedikit ttg tajuk entani berkisarkan kesedehanaan dalam berdakwah. di sana, maybe ada benda lagi yang perlu di bincangkan antaranya haruskah seorang pendakwah itu dalam masa yg sama dia juga seorang billion air. perkara ini dipandang agak sinis di dalam masyarakat kita. seolah2 seorang pendakwah tu tak hanyalah seperti seorang yang selalu berjubah, rumahnya dhaif, kalau nak berkereta pun, beli yg secaond hand. dan pelbagai lagi la. tetapi, pengalaman ana di madinah banyak mengajar ana bahawa betapa penting nya seorang pendakwah yang kaya. supaya dengan apa yg ada padanya itu dapat dilakukan untuk islam. kalau kita nak tunggu orang awam yg kaya, mungkin agak lambat. tetapi ulama’ dan pendakwah yg kaya inilah yang lebih menonjol dalam bab2 kepentingan yg diperlukan islam masakini.
    ana saja je nak mencelah. walaupun penulisan ana tak seilmiah enta, tapi ana harapkan hubungan di antara kita berkekalan selamanya. insyaAllah suatu hari nanti kita akan bertemu. sampaikan salam ana pada kawan2 dan doa ana mengiringi antum semua khususan untuk muhibbuddin. la ba’sa, tohur, insyaAllah.
    Wslm.

  3. Terima kasih akhi nurzamir.. apa yg ana maksudkan dengan sederhana di situ ialah pendekatan dakwah..bukannya kehidupan pendakwah. apapun, benar sebagaimana yang dikatakan oleh anta, ana setuju. hendaklah orang-orang agama turut sama berusaha untuk memantapkan kewangan agar dapat menyumbang utk Islam.

    terima kasih di atas doa…🙂

  4. oh ye.. al-makki ni akhi abd rahman al-makki.🙂 alhamdulillah,rumah pun tengak cari jubin je. insya-allah tak lama lagi boleh la duduk.. selamat kembali ke tanah air,do kat sana doakan ana dan keluarga agar sejahtera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: