Jalan Sejahtera Menuju Ke Syurga (Bahagian I)

Jika kelmarin posting saya berkaitan dengan pendorong ke neraka, hari ini marilah pula merenungi nas-nas daripada al-Quran dan Hadis yang menyatakan amalan-amalan yang boleh memasukkan seseorang ke dalam syurga. Hakikatnya, jalan ke syurga sebenarnya jauh lebih luas daripada lorong-lorong ke neraka. Apa yang disenaraikan ini hanyalah sebahagian kecil dari lautan luas rahmat Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah bersabda :

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

 

yang bermaksud : Semua umatku akan memasuki syurga kecuali sesiapa yang enggan. Para sahabat bertanya, “Siapakah yang enggan?” Rasulullah SAW menjawab, “Sesiapa yang mentaatiku memasuki syurga, sesiapa yang tidak mentaatiku, maka dialah yang enggan. (Hadis riwayat Bukhari, al-Nasa’I dan Ahmad)

 

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa luasnya rahmat daripada Allah SWT untuk hambaNya mendapatkan syurga sehingga disifatkan oleh Nabi bahawa semua umatnya akan memasuki syurga. Ini kerana mentaati baginda SAW sepatutnya merupakan satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ada juga di kalangan umatnya yang enggan lantas memilih untuk terjun ke neraka. Apakah antara lorong-lorong menuju ke syurga. Ia terlampau banyak, dan di antaranya :

 

1. Tidak mensyirikkan Allah SWT. Golongan ini pastinya akan menghuni syurga samada melalui azab neraka terlebih dahulu atau tidak. Inilah dia kepentingan akidah di dalam hati seseorang muslim. Tanpa akidah yang sahih, biarlah betapa besarpun amalah yang dikerjakan, seseorang itu akan gagal untuk meraih syurga. Ini berdasarkan kepada hadis nabi SAW :

من لقي الله لا يشرك به شيئاً دخل الجنة

Yang bermaksud : Sesiapa yang bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu akan memasuki syurga (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

2. Selain tidak mensyirikkan Allah SWT, sekiranya ia mengerjakan solat dan berpuasa, lebih memastikannya untuk ke syurga berdasarkan kepada hadis nabi SAW :

من آمن بالله وبرسوله ، وأقام الصلاة ، وصام رمضان ، كان حقاً على الله أن يدخله الجنة

Yang bermaksud : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasulNya, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menjadi hak ke atas Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga (Riwayat Bukhari di dalam Bab Darjat Mujahidin Yang Berjuang Jalan Allah)

 

3. Membina masjid untuk dimakmurkan oleh kaum muslimin. Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW :

من بنى مسجداً يبتغي به وجه الله بنى الله له مثله في الجنة

Yang bermaksud : Sesiapa yang membina masjid untuk mencari keredhaan Allah, Allah akan membina untuknya sepertinya di dalam syurga (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Adakah semestinya masjid itu besar untuk memperolehi ganjaran ini? Sebenarnya tidak semestinya ukuran yang besar menjadi syarat mendapat ganjaran daripada Allah SWT, apa yang penting ialah keikhlasan dari si penyumbang tanpa mengharapa apa-apa ganjaran duniawi. Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Yang bermaksud : Sesiapa yang membina masjid kerana Allah sebesar sarang burung atau lebih kecil, Allah SWT akan membina untuknya rumah di dalam syurga. (Riwayat Ibnu Majah. Nasiruddin al-Albani mengatakan, sanad hadis ini sahih dan perawinya thiqat)

 

Bukanlah maksud hadis ini bahawa masjid hanya sebesar burung boleh dibina, tetapi ia sebagai satu tasybih atau simbolik kepada betapa kecilnya masjid yang dibina itu. Apa yang penting ialah keikhlasan daripada orang yang memberikan sumbangan. Sesungguhnya tidak rugilah di penyumbang kerana untuknya disediakan rumah di dalam syurga oleh Allah SWT.

 

Bersambung pada penulisan akan datang.. insya-allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: