Jalan Sejahtera Menuju Ke Syurga (Bahagian I)

Jika kelmarin posting saya berkaitan dengan pendorong ke neraka, hari ini marilah pula merenungi nas-nas daripada al-Quran dan Hadis yang menyatakan amalan-amalan yang boleh memasukkan seseorang ke dalam syurga. Hakikatnya, jalan ke syurga sebenarnya jauh lebih luas daripada lorong-lorong ke neraka. Apa yang disenaraikan ini hanyalah sebahagian kecil dari lautan luas rahmat Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah bersabda :

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

 

yang bermaksud : Semua umatku akan memasuki syurga kecuali sesiapa yang enggan. Para sahabat bertanya, “Siapakah yang enggan?” Rasulullah SAW menjawab, “Sesiapa yang mentaatiku memasuki syurga, sesiapa yang tidak mentaatiku, maka dialah yang enggan. (Hadis riwayat Bukhari, al-Nasa’I dan Ahmad)

  Continue reading

Sekeping VCD Dari Ahli Parlimen…

Semalam bila pulang ke kampung, ibu saya menghulurkan sekeping sampul surat. Katanya, ”Ada cd di dalam”. Ternyata ia merupakan surat dari ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali (atau dari pihaknya). Entah dari mana alamat saya diperolehi, Allah jualah yang mengetahui. Di dalamnya mengandungi kenyataan beliau mengenai pendiriannya terhadap PAS dan VCD Debat di Astro Awani di antara beliau dan Jeff Oii, ahli parlimen Jelutong dari DAP. Mengikut kandungan surat itu, selepas menonton VCD ini, saya akan mengetahui pendirian konsisten Ibrahim Ali dalam mempertahankan ketuanan Melayu. Entahlah, masih ada perkara yang saya tidak sependapat dengannya selepas menonton VCD tersebut. Saya telah meng’youtube’kan kandungan VCD itu untuk perkongsian para pembaca. Selamat menonton.