Keluar Dewan Tidak Bertanggungjawab?

Hari ini terpampang di dada akhbar bagaimana kekesalan yang dialami oleh bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang keluar dari dewan sewaktu penggulungan bajet 2009 di parlimen semalam. Menurut Najib, (rujuk di sini) tindakan pembangkang itu ialah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan tersebut tidak menunggu masa yang panjang untuk disambut dan diulas oleh panglima-panglima yang lain. (link) Dengan nada yang sama, mereka turut menempelak tindakan pembangkan keluar beramai-ramai sebagai tanda boikot dan protes terhadap Speaker kerana tidak membenarkan celahan dan pertanyaan ketika Najib membuat penggulungan.

 

Menurut Najib, “Mereka sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan menunjukkan sikap yang membina, sepatutnya hadir. Rakyat mesti sedar bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab sebagai pembangkang yang konstruktif,” Benarlah kata-kata Najib bahawa pembangkan sepatutnya hadir. Namun, lupakah Najib bahawa dia sendiri gagal untuk hadir di parlimen ketika Ketua Pembangkang membahaskan bajet tersebut? Bahkan, menurut beberapa saksi, Najib dilihat berada di bangunan parlimen namun bertindak untuk tidak memasuki dewan. Bahkan semasa Ketua Pembangkang membuat perbahasan, beliau meminta supaya mana-mana menteri dan ahli-ahli parlimen BN yang mahukan penjelasan agar bangun mengemukakan soalan. Di mana Najib ketika itu? Hanya ada beberapa kerat sahaja ahli parlimen BN yang bertugas sebagai pendengar setia kepada perbahasan Ketua Pembangkang.

 

Saya bersetuju dengan kenyataan Najib bahawa ahli-ahli parlimen perlu hadir sebagai menunaikan amanah mereka. Tetapi, ia bukanlah hanya untuk pembangkang semata-mata. Sayangnya, dalam dunia kewartawanan yang tidak profesional di Malaysia, hanya kenyataan yang bersifat menyokong pihak pemerintah sahaja yang akan diberikan ruang di media-media utama. Tidak serik lagi barangkali pengamal-pengamal media ini.

 

05 November 2008

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: