Ulama Yang Hakiki Tidak Akan Memilih UMNO!

gambar hiasan

Tertarik saya apabila membaca tulisan SS Dr Asri di dalam kolumnya Bicara Agama di dalam Mingguan Malaysia hari ini. Tulisannya yang bertajuk Apabila ketamakan menguasai jiwa itu mungkin merupakan di antara tulisannya yang terakhir sebelum menutup tirai sebagai mufi Perlis tidak lama lagi. Sayang sungguh apabila seorang individu yang mempunyai ilmu dan kefahaman sepertinya mengambil tindakan melepaskan jawatan tersebut, namun mungkin beliau mempunyai alasan-alasan yang tersendiri, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

 

Apa yang ingin saya utarakan ialah apabila beliau menulis :

”Pagi semalam saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Beliau meninggalkan jawatannya kerena masuk bertanding dalam pilihan raya yang lepas dan tewas. Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain. Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk mencalonkan jawatan itu dan ini, dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian. Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya tidak sesuai lagi untuk orang sepertinya, dia menyebut, beliau kalah kepada lawan yang tidak berpelajaran dan kerjanya diragui. “Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman. Jawatan parti hari ini adalah jawatan yang disandang berasaskan siapa yang dapat membida harga tertinggi bukan siapa yang berkualiti dan mahu berbakti”. Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa.”

 

<!–[if gte mso 9]> Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 <![endif]–><!–[if gte mso 9]> <![endif]–>

Saya kira seluruh Malaysia pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi siapakah individu yang dimaksudkan oleh Dr Asri di dalam tulisannya itu. Jelas dan terang, tanpa perlu diperbahaskan. Jika benarlah seperti yang didakwa oleh Dr Asri, alangkah malangnya apabila seorang cendikiawan berkelulusan PhD telah hilang dari kampus semata-mata untuk bertanding di dalam pilihanraya mewakili parti yang bertuhankan duit!

 

Parti yang dimaksudkan itu tentulah tidak lain melainkan parti UMNO yang kini sedang sibuk membilang jumlah pencalonan. Barangkali sudah hilang segala berita penderitaan rakyat jelata yang mendambakan harga minyak diturunkan ekoran penurunan harga minyak dunia. Dalam kerakusan para peniaga menaikkan harga barangan keperluan, pemimpin atasan hanya memikirkan kerusi mana akan diduduki selepas Mac 2009! Sedarlah, ketika anda sedang membilang jumlah pencalonan dan berkira-kira untuk bertanding jawatan tertentu, rakyat hanya mampu membilang butiran beras dan berkira-kira untuk menampung kehidupan untuk hari berikutnya.

 

Demikianlah adat resam UMNO. Apa lagi yang menjadi matlamat di dalam perjuangan sebuah parti assobiyyah seperti UMNO kalau tidak duit? Kerana itulah, dalam perlumbaan mendapatkan pencalonan hari ini, sebenarnya ia tidak lain hanyalah perlumbaan untuk menaburkan habuan sebanyak mana yang boleh. Sesiapa yang paling banyak memberikan habuan, dialah yang akan mendapat kemenangan. Maka, berlumbalah para pembida meletakkan harga bagi setiap perwakilan UMNO. Umpana binatang ternakan yang dijual, ada yang berharga RM10, ada juga yang mencapai haraga RM200 malah tidak kurang juga yang harganya mencecah ribuan. Ada juga yang diletakkan di celahan hadiah kain pelikat, tidak ketinggalan juga di helaian surah Yasin. Alangkah jijiknya budaya politik UMNO!

 

Sayangnya, masih ada lagi yang berkelulusan PhD tergamak menyertai parti politik seperti ini? Entahlah, dari kitab manakah yang digali dan ditemui fatwa sehingga membolehkan bersekongkol dengan parti sejijik UMNO? Aduuh, tidak sedar lagikah para cendikiawan, UMNO bukanlah parti yang menilai PhD anda, ia menilai apa yang ada di dalam poket anda.

 

Seingat saya, 5 tahun lepas, saya pernah menegur beberapa kali bapa kepada individu ini di dalam beberapa tulisan saya (klik di sini). Beliau sama juga seperti anaknya, pernah menganggap perjuangan UMNO suci dan bersih. Harapan saya kepada anaknya yang masih muda, jalan untuk berpatah balik masih terbentang. Buatlah pilihan yang baik mulai sekarang!

 

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

12 Oktober 2008

 

2 Responses

  1. salam saudara ahmad fadhli.

    bila nak jadi YB ?

    Jangan lah melulu berkata. Nanti meludah ke muka…

    Ramai orang berkata dengan emosi akhirnya diuji dengan kata katanya.

    Dia akan menjilat kahak hijaunya….

    Contoh? Ku Li dan Ibrahim Ali sudah cukup….

    Opsss…lupa bahawa saudara Anwar Ibrahim juga begitu.

    Dah baca artikel MSO ttg tikaman Anwar terhadap Pas ?

    menarik kerana Pas kena ingat tikaman Anwar terhadap PAS lebih dari tikaman Umno terhadap PAS..

    ada masa singgah blog saya :

    http://pedangberbisa.wordpress.com

    Ma’assalamah….wailalliqa ila yaumil qiyamah…

  2. adakah saya berkata dengan emosi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: