Semoga Kemenangan Permatang Pauh Satu Kemenangan Kepada Islam

Sebentar tadi bertalu-talu sms hadir ke telefon bimbit saya mengesahkan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Walaupun kemenangannya sudah dijangka awal sebaik saja masa pengundian tamat, namun mendapat majoriti sehingga 15 ribu ialah satu kejayaan yang di luar dugaan sama sekali. Ditambah dengan jentera kerajaan bekerja sepenuhnya serta jampi serapah pak-pak menteri yang tidak putus-putus turun di Permatang Pauh, majoriti mengatasi pilihan raya umum yang lalu benar-benar merupakan satu kemenangan yang cukup bergaya.

Hilang sudah segala ‘peluang cerah’ yang dihebohkan oleh Najib, demikian juga ‘yakin menang’ oleh Ariff Shah juga turut hanyut bersama senarai angka bertuahnya, jelas sekali rakyat sudah berada di kemuncak tertinggi kebencian terhadap kerajaan UMNO/BN sehingga pilihan raya kecil ini menyaksikan majoriti kekalahan buat UMNO/BN yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia. Pilihanraya kecil yang biasanya menyaksikan kelebihan kepada kerajaan hari ini melakar rekod yang sama sekali tidak diduga. Mungkin sekiranya Anwar yang bertanding di dalam pilihanraya umum yang lalu, majoriti melebihi 20 ribu tidak sukar untuk dicapai.

Tidaklah dapat dipastikan apakah tajuk berita utama yang akan terpampang di dada-dada akhbar esok hari. Mungkinkah ‘Ariff Shah Kalah Tipis’ atau ‘Keganasan Pembangkang Punca UMNO Kalah’atau juga ‘Anwar GAGAL Meraih Majoriti 20 Ribu’. Entahlah, sifir akhbar-akhbar yang meloyakan ini sukar untuk ditelah dengan akal logik dan rasional. Mungkin juga berita Permatang Pauh ini akan menjadi lebih kecil dari Senyum Kambing, tidak mustahil dalam arena kewartawanan di Malaysia. Entahlah apa pula perasaan Saiful Mubahalah dan Ezam pada saat ini.

Apa pun, dalam kegembiraan menyambut kemenangan ini yang mungkin sekali akan merebak ke Putrajaya, apakah ia memberikan kredit kepada ketuanan Islam? Di dalam keadaan hubungan ‘kahwin tidak mesra’ PAS dan DAP sebagaimana hari ini, apakah natijah yang akan dicetuskan oleh kemenangan di Permatang Pauh hari ini?

Seorang pejuang tentu sekali tidak hanya sekadar berpuas hati dengan sebuah kemenangan di dalam pilihan raya, kerana ia hanya berpuas hati apabila kemenangan itu memberikan sumbangan kepada perjuangan yang didokong selama ini. Fikirkanlah sewaktu masa masih berbaki….

10.15pm

26 Ogos 2008

4 Responses

  1. Li,

    Selagi jasad masih menghirup udara iman dan islam, kita akan lawan kerajaan yang telah lama meninggalkan nilai-nilai islam bahkan nilai kemanusian dicampak kelubang najis demi pangkat dan darjat.

    Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaawan tetap laaaaaaaaaaaaawan!!

    Sedikit ulasan mengenai kemenangan ini di:
    http://nixkgeekier.net/?p=79

  2. takbir…!!

  3. alhamdulillah..tahniah pd Pakatan Rakyat yang terpilih..tahniah pd para pengundi yg bikaj memilih..

  4. silap la plk.. bikaj=bijak huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: