Majlis Konvokesyen KIAS Kali ke-10

21 Ogos 2008 – Majlis Konvokesyen KIAS kali ke-10 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hari ini. Seramai 238 graduan KIAS telah menerima diploma dan sijil masing-masing daripada YB Dato’ Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar mewakili YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar. Majlis konvokesyen kali ke-10 ini telah diadakan di Balai Islam, Lundang berbeza dengan dua tahun sebelumnya yang berlangsung di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Nilam Puri ekoran dari pertambahan graduan.