Siapa Yang Biadap?

Jangan biadap, kata Datuk Seri Najib Razak seperti yang terpampang di muka depan Utusan Malaysia pada hari ini. Keras sekali amaran kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kerana dilaporkan meraba puteri UMNO dan membaling batu kepada pemberita. Inilah yang akan dimainkan oleh akhbar sepanjang kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh ini. Nampaknya, media masih belum serik untuk memutarbelitkan fakta dan memanipulasikan berita  untuk kepentingan UMNO/BN. Sikap meloya media massa ini benar-benar dikesali tatkala rakyat telah menunjukkan kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional lewat pilihanraya yang lalu.

 

Sekiranya benar wujud insiden raba, kita mengharapkan agar tindakan segera dapat diambil. Usah dipalitkan insiden kepada parti yang bertanding, kerana sesiapa pun boleh memakai t-shirt mana-mana parti lantas melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Kalau, t-shirt dijadikan ukuran, apa pula jawapan Najib terhadap gambar di atas? Oleh yang demikian, tidak usahlah pemimpin-pemimpin negara yang cerdik pandai mengeluarkan komentar yang menampakkan kerendahan daya intelektual dan mutu pemikiran. Ini kerana, komen-komen seperti ini bukan menambahkan lagi sokongan bahkan semakin menghakis kepercayaan rakyat jelata yang semakin cerdik….

 

satu lagi kebiadapan penyokong UMNO / BN

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: