Kolej Universiti : Seriuskah Dewan Ulama?

Saya merasa gembira mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad bin Daud al-Iraqi berhubung dengan cadangan untuk menubuhkan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad. Menurut laman Harakahdaily, beliau dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kali ke-47 di Dewan Bandaraya Ipoh malam semalam.

 

Tidak dapat dinafikan cadangan ini sebagai satu cadangan yang benar-benar baik. Namun, seriuskah kita selama ini dalam berusaha untuk menubuhkan paling kurang sebuah kolej universiti? Kalau menurut Ustaz Muhammad, Majlis Pendidikan PAS sedang menyusun di peringkat akhir usaha-usaha menubuhkan Kolej universiti tersebut.

 

Kenapa saya meragui kesungguhan kita? Kerana ini bukanlah kali pertama cadangan seperti diketengahkan. PAS sebenarnya bukanlah ketinggalan di dalam menerokai bidang pendidikan. PAS mempunyai PASTI yang terbukti telah berjaya bersaing di tengah-tengah masyarakat memberikan pendidikan awal kanak-kanak sehingga menarik penyokong UMNO untuk menghantar anak-anak mereka. PAS khususnya di Kelantan mempunyai instituti pendidikan peringkat rendah dan menengah iaitu Madinatul Ilmu. Selain itu juga, PAS pernah menerokai penubuhan kolej yang menyediakan pengajian sehingga peringkat diploma seperti Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS).

 

Bagaimanapun, sebahagian usaha-usaha tersebut tidak dinafikan menemui kegagalan. Madinatul Ilmi khususnya seolah-olah hidup segan mati tidak mahu. Demikian juga INTIS yang berakhir dengan pembubaran dan menyaksikan ada di kalangan pelajar-pelajarnya tidak sempat mendapat sijil sekalipun sudah menjalani pengajian selama 3 tahun! Rekod seperti ini sudah menjadi sejarah yang tidak dapat kita nafikan.

 

Justeru itu, hasrat murni yang disuarakan oleh Ustaz Muhammad al-Iraqi itu satu hasrat yang perlu dipuji. Namun, adakah selama ini kita serius dengan pembangunan pendidikan? Menyebut soal Kolej Universiti, tahukah kita bahawa sesebuah kolej universiti yang menawarkan ijazah Sarjana Muda biasanya tidak akan muncul terus melainkan dimulakan dengan sebuah kolej yang biasa yang menawarkan pengajian diploma sekurang-kurangnya. Adakah kolej ini telah diwujudkan? Kalaupun ya,  adakah kita sudah mengorak langkah menuju ke arah kolej universiti?

 

Saya ragui kesungguhan ini. Saya merujuk kepada rekod. 10 tahun lepas, Kerajaan Kelantan telah berjaya mewujudkan sebuah kolej yang menawarkan pengajian diploma iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri. Namun sayangnya, di saat kolej-kolej negeri-negeri lain sudah mencapai taraf kolej universiti (KUIN di Kedah dan KUIS di Selangor sebagai contoh), kenapa KIAS masih terkebelakang? Kekangan apa yang KIAS hadapi kalau selain daripada kita sendiri yang tidak bersungguh-sungguh? KIAS sebenarnya lebih dari mampu untuk muncul sebagai sebuah kolej universiti di bawah pentadbiran kerajaan PAS Kelantan, namun hakikatnya, kita tidak pernah bersungguh pun ke arah itu.Tiba-tiba kita bersuara untuk menubuhkan kolej universiti yang lain, mampukah kita untuk mencapai jumlah 2000 orang pelajar dan 10 program diploma sebagai syarat minimum mencapai taraf kolej universiti? Sedangkan KIAS yang telah berusia 10 tahun hanya mampu memiliki tidak sampai 900 orang pelajar dan hanya beberapa buah program diploma, saya merasakan jauhnya hasrat Dewan Ulama untuk dilaksanakan.

 

Inilah yang saya suarakan semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan yang lepas. Usul pendidikan yang saya kemukakan untuk mewakili Dewan Pemuda PAS Pasir Mas sebenarnya ialah satu lontaran idea yang perlu untuk kita fikirkan bersama. Sehingga hari ini setelah 18 tahun PAS menerajui Kelantan, tidak muncul satu kolej universiti pun tertegak di bumi Serambi Mekah walaupun kita mewar-warkan hasrat kerajaan untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat tamadun ilmu pengetahuan. Samada usul tersebut sudah dinilai atau tidak, wallahua’lam.

 

Oleh yang demikian, saya berpandangan, kenyataan yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS itu satu hasrat yang baik, tetapi alangkah lebih baik sekiranya perhatian ditumpukan ke arah memperkasakan aset yang telah sedia ada. Tunnjukkan minat kita yang betul-betul ke araha menjuarai instituti pendidkan di Malaysia. Apatah lagi sekiranya benar Ustaz Muhammad Daud Iraqi akan dilantik menerajui Lembaga Pengarah KIAS, saya kira tanggungjawabnya lebih besar ke arah itu.

 

14 Ogos 2008

 

5 Responses

  1. Ustaz li, bolehkah ana print out artikel ini dan ana panjangkan pd ustaz asri mohd zain….?

  2. Ana cadangkan artikel ini dihantar ke Harakahdaily.net.

  3. boleh je..print out bagi kat sapa2..ana menulis kerana tanggungjawab…

  4. Assalamu’alaikum Ybgh. Ustaz. Saya mohon jasa baik Ustaz utk dptkan maklumat2 penting pelajar yang telah habis belajar 3 tahun di Intis tetapi tidak mendapat sijil diploma beliau. Maklumat seperti nama penuh, i/c, tahun habis belajar dan kursus yang diambil. Insyallah, dengan maklumat tersebut, blhlah diusahakan agar beliau mendapat hak beliau. Harap Ybgh. Ustaz sudi membantu. Terima kasih, Wasalam.

  5. insya-allah… saya akan cuba senaraikan
    cuba hubungi 0197050898 -salah seorang pelajar yang tak dapat sijil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: