UMNO sudah ketandusan calon – Ketua Penerangan DPPKPM

05 Ogos 2008 – UMNO disifatkan sudah ketandusan calon yang berwibawa apabila sanggup menghulurkan tawaran kepada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin untuk menjadi calon menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti. Ini kerana, Dr Asri dikenali sebagai orang yang tidak terlibat dengan politik dan tidak lebih dari seorang ahli akademik yang sering menyuarakan pandangan secara bebas tanpa terikat dengan fahaman mana-mana parti politik, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) Ustaz Ahmad Fahdli bin Shaari.

 

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Dr Asri hari ini yang mengakui ditawarkan sebagai calon UMNO dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti. Bagaimanapun, menurut Dr Asri, beliau menolak tawaran tersebut kerana tidak berhasrat untuk terlibat secara serius dalam politik buat masa sekarang.

 

“Kita yakin orang seperti Dr Asri tidak akan terjebak dengan permainan politik kotor UMNO yang hanya mempergunakan orang agama untuk kepentingan politik. Tentu sekali beliau tidak akan menuruti langkah bekas Imam Masjid Negara, Firdaus Ismail yang menjadi cemuhan masyarakat akibat tragedi ‘sepak tong’ satu ketika dahulu,” ujarnya lagi.

 

“Sebenarnya UMNO sendiri tidak bersedia menghadapi pilihan raya ini dalam kehangatan pemilihan yang menyaksikan UMNO berada pada saat paling lemah di dalam sejarah. Bahkan sekiranya diberikan pilihan, UMNO sendiri mungkin tidak mahu bertanding di dalam pilihan raya kecil ini.”, tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: