Tuan Guru Nik Aziz Sentiasa Ke Depan

 Seperti biasa, fikrah seorang ulama amilin tidak akan lari dari jaringan wahyu. Sekali Tuan Guru Nik Aziz melangkaui pemikiran ‘golongan cerdik pandai bertali leher’ dengan melemparkan cadangan agar pengambilan  dan kenaikan pangkat setiap kakitangan kerajaan negeri turut diambil kira dari sudut prestasi solat mereka. Menurut laporan akhbar, syarat ini dikenakan dari peringat atas pentadbiran hinggalah ke peringkat akar umbi.

 

Tuan Guru Nik Aziz nyata sekali sentiasa ke depan dalam memikirkan yang terbaik untuk masyarakat. Dengan cadangan cuti 60 hari bersalin, cuti dua hari seminggu, pajak gadai Islam dan lain-lain yang sentiasa dijadikan bahan cemuhan oleh pihak-pihak lain, namun masa membuktikan apa yang dicadangkan dan dilaksanakan di Kelantan oleh pentadbiran tok guru sentiasa menjadi ikutan.

 

Kali ini, cadangan yang terbaru memperlihatkan betapa ke depannya pemikiran seorang ulama apabila dipertanggungjawabkan menerajui pemerintahan. Solat sebagai instrumen pengukuran prestasi untuk kenaikan pangkat. Kenapa solat? Kerana ia merupakan tiang agama bagi seorang muslim. Bahkan menurut Islam, tanggungjawab kepimpinan yang beriman apabila merajui pemerintahan ialah memastikan solat didirikan dengan sempurna. Ia termaktub dalam ‘piagam pelanggan’ pemerintah yang diendors oleh Yang Maha Berkuasa dalam firmanNya (yang bermaksud) :

 

Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. (Surah al-Hajj, ayat 22)

 

Kenapa solat? Kerana secara umumnya apabila seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan solat secara sempurna tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk di hadapan lensa media, tentu sekali mereka merupakan orang yang takut kepada Allah. Dan orang yang takut kepada Allah secara umumnya tidak akan mendekati budaya rasuah, budaya fitnah memfitnah dan sebagainya. Carilah apa jua penyelesaian terhadap segala kekacauan dalam sistem pentadbiran, nescaya penyelesaian yang paling ampuh ialah mendidik insan agar takut kepada Allah.

 

Hari ini, akhbar-akhbar utama memuatkan komen-komen dari pelbagai pihak terhadap cadangan ini. Kononnya cadangan ini akan menjadi diskriminasi kepada pekerja bukan Islam dan golongan wanita yang ‘bercuti’. Perlulah diingat, idea ini hanyalah sebagai satu lontaran awal. Mustahil sama sekali solat turut dijadikan sebagai alat mengukur kenaikan pangkat seorang pekerja beragama Buddha atau Hindu. Islam jauh dari segala bentuk kezaliman. Peliknya, yang cepat bingkas bangun mempersoalkan cadangan ini ialah orang yang beragama Islam!

 

Hakikatnya, mungkin pelakasanaan cadangan ini memerlukan satu kajian terperinci terhadap mekanisme yang mahu digunakan. Namun, Kelantan telah membuktikan tidak ada perkara yang sukar dalam memastikan kehendak Allah SWT dilaksanakan. Tinggal lagi, komitmen ‘peringkat bawah’ yang akan menjadi penentu sama ada cadangan ini dilaksanakan atau tidak. Jangan pula hasrat Tok Guru hanya tinggal hasrat sebagaimana hasrat Tok Guru agar orang yang merokok tidak boleh menjadi calon….

 

Ahmad Fadhli bin Shaari,

Wad 5, Hospital Raja Perempuan Zainab II,

Kota Baharu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: