Perjuangan PAS Tertegak Dengan Infaq

 

Tertarik juga bila membaca desakan dari Pemuda UMNO Terengganu seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini (sumber). Desakan supaya Pas mendedahkan secara terperinci jumlah kutipan derma daripada orang ramai pada setiap ceramahnya serta perbelanjaannya itu lahir ketika UMNO Terengganu masih lagi belum tenang ekoran kocakan 22 orang ADUN untuk meletakkan jawatan beberapa ketika dahulu. Khabarnya, walaupun zahirnya sudah selesai, namun luka dan parutnya masih kelihatan dan menunggu masa untuk bernanah semula.

 

UMNO perlu sentiasa ingat bahawa budaya mereka tidak sama seperti PAS. UMNO bukanlah sebuah parti yang bertunjangkan kepada infaq. Malah, kalimah infaq pun satu perkataan yang sangat-sangat ganjil dalam kamus perjuangan UMNO. Tidak ada ahli UMNO dari peringkat atas sehinggalah ke peringkat kedai kopi yang berjuang benar-benar lillahitaala. Ini satu perkara yang pasti, dan tidak perlu untuk diperdebatkan di dalam TV1 untuk membuktikannya.

 

UMNO berbeza dengan PAS. Walaupun tidaklah boleh dikatakan semua ahli-ahli PAS berjuang dengan ikhlas, namun faktor keikhlasan masih boleh dilihat dengan jelas di kalangan ahli-ahli PAS. Benar, keikhlasan sahaja tidak cukup untuk menjamin kebenaran perjuangan, tetapi sekurang-kurangnya UMNO tidak boleh mengatasi PAS dalam soal ini. Budaya infaq ditanam sejajar dengan semangat perjuangan PAS yang konsisten terhadap perjuangan Islam. Pendengar-pendengar ceramah PAS tidak diangkut dengan bas percuma, tidak juga dihidangkan dengan nasi bungkus percuma. Berbeza dengan UMNO, walaupun baru sahaja diterima menjadi ahli, seseorang itu perlu akur dengan budaya UMNO. Sehebat manapun ceramahnya dengan berkotak-kotak aduan rasuah, pendengarnya tetap perlu diangkut dengan bas percuma.

 

UMNO berbeza dengan PAS. UMNO tertegak di atas dasar projek dan rasuah. Tanpa projek dan rasuah yang menjadi trademark UMNO, ia akan pupus sekelip mata sahaja. Bermula dengan peringkat atas dengan wang kopi kapal selam Sukhoi berjumlah RM500 juta hinggalah kepada peringkat kampung dengan wang kopi surah yasin bernilai RM50, semuanya merupakan budaya wajib bagi UMNO. Tanpa habuan-habuan ini, UMNO sama sekali tidak akan bergerak seperti hantu toyol yang tidak mendapat telur ayam dari tuannya (maaf, hanya sekadar perbandingan). Oleh sebab itu, tunjukkan pimpinan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS yang terlibat dengan rasuah, carilah ke seluruh pelosok pejabat sehinggalah kepada peringkat menyelongkar tong sampah, BPR tidak akan menemui apa-apa kecuali membuang masa. Tetapi kalau diminta untuk menujukkan pimpinan UMNO yang terlibat dengan rasuah, rasanya boleh dibuat satu ensiklopedia lengkap.

 

Kerana itu, UMNO jangan mengukur PAS dengan bajunya. Baju UMNO ialah assabiyah dan nasionalis, baju PAS ialah Islam. Bila UMNO berfikir dengan kotaknya, akan terdetiklah syak bahawa duit derma yang disalurkan kepada PAS telah digunakan oleh Nik Aziz untuk membesarkan banglonya. Atau setidak-tidaknya digunakan oleh Hadi Awang untuk membeli sebuat jet mewah. UMNO akan sentiasa syak wasangka kemungkinan isteri pemimpin PAS membeli belah di luar negara dengan memborong kasut-kasut mewah yang berjumlah berjuta-juta pound dengan menggunakan duti derma makcik-makcik di kampung. Tidak hairan, kerana UMNO berfikir di dalam kotaknya. Sebab itu, kata Johan Jaafar, berfikirlah di luar kotak.

 

01 Julai 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: