KITAB RIADHUS-SALIHIN KARANGAN IMAM NAWAWI

KITAB RIADHUS-SALIHIN KARANGAN IMAM NAWAWI

 

Riwayat Hidup Ringkas Pengarang

          Beliau ialah Muhyiddin Abu Zakaria bin Yahya bin Syirfu al-Nawawi. Digelar sebagai al-Nawawi kerana dilahirkan di Nawa dalam wilayah Damsyiq Syria pada 631 Hijrah. Beliau merupakan tokoh yang penting di dalam mazhab Syafie.

          Beliau mula menghafal al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah ketika umurnya 19 tahun, beliau datang ke kota Damsyiq untuk belajar. Di sana beliau memasuki madrasah al-Ruwahiyyah dan mula menghafal beberapa kitab fiqh, antaranya kitab al-Tanbih dalam tempoh empat bulan setengah dan kitab al-Muhazzab di dalam bahagian ibadat. Di antara guru-gurunya ialah Abdul Aziz bin Muhammad al-Ansari, Zainuddin bin Abdul Daim, Zainuddin Khalq bin Yusof, Taqiuddin bin Abi al-Yassir dan lain-lain.

          Beliau banyak mengarang dan menyusun kitab-kitab hadis dan juga syarahnya. Antara yang terkenal daripada hasil karangan beliau ialah Sarah Muslim, Riyadus-Salihin iaitu kitab yang akan dibincangkan, al-Azkar, al-Tibyan fi Adab Hamalat Qur’an, al-Irsyad wal al-Taqrib fi Ulum al-Hadith, al-Aidah fi Manasik al-Hajj, Syarah Muhazzab, al-Raudah, Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, al-Minhaj dan Matan Arbai’in.

          Kehidupannya sehari-hari sekadar memelihara tubuh badannya dan hanya makan sekali sehari. Ini kerana beliau terlalu banyak memperuntukkan masa untuk mengarang dan menghasilkan sumbangan untuk umat Islam. Sehingga dikatakan kerana kesibukannya, beliau tidak sempat memikirkan urusan perkahwinan dan membujang sehingga ke akhir hayatnya.

Continue reading