Lahirmu membawa kebanggaan pada ayah bonda,
Ketika laungan azan Jumaat terbang ke udara,
Kau hadir bagi menyambung perjuangan ayahanda,
Sungguh, hanya air mata abi menjadi saksi,
Sewaktu tangisan pertamamu menerjah ke telinga,
Syukur dan tahmid tidak pernah putus
Kerana hadirnya anakanda…
Kau sudah mula membesar..
Biar apapun bicara mereka
Kau tetap anak kami… ayah dan bonda,
Selagi hayat kami dikandung badan,
Kau akan kami lindungi
Kau tetap buah hati kami
Temanilah kami sepanjang hayat.
Anakanda,
Dindamu memanggil-manggil dirimu,
Ayah bonda menyeru-nyeru namamu,
Ketahuilah, kami akan sentiasa menyayangimu
Walau ke mana kaki kami melangkah,
Hati kami sentiasa bersamamu
Takkan kami biarkan dirimu keseorangan,
Menongkah arus hidup dalam cabaran mengganas ini,
Memang, dunia ini terlampau ganas untukmu,
Namun, kau perlu terus berjuang,
Andai hayat kami berakhir,
Teruskanlah hidupmu wahai anakanda,
Kau punya doa kami,
Dengan izin Allah, kau kan punya adinda-adinda,
Allah akan memeliharamu.
Anakanda,
Bicaramu mungkin tersembunyi di benakmu,
Namun, hari itu pasti akan tiba juga,
Pada saat kamu akan menjadikan hati kami bangga,
Kalau tidak di sini, pasti di sana….
Filed under: Peribadi |
syahdunya bicara seorang abi pada anaknya..sungguh hanya bila kita menjadi seorang bapa dan ibu..baru kita sedar betapa tinggi kasih sayang mereka pada anak2..