Rebat : Kenapa dibayar di pejabat pos?

Berpusu-pusu dari awal pagi, demikianlah suasana di seluruh negara apabila kerajaan menjanjikan pembayaran rebat RM625 bermula hari ini. Alhamdulillah, dengan kenaikan harga minyak yang menggila ini, kerajaan bermurah hati menginfakkan sebanyak RM625 untuk rakyat. Bolehlah menampung harga minyak naik. Bolehlah duit itu menampung kenaikan harga barang, boleh jugalah duit itu digunakan untuk menampung kenaikan tambang bas sekolah, kenaikan bahan-bahan binaan, barang-barang asas dan sebagainya. Mungkin juga jumlah RM625 itu akan dapat bertahan bertahun-tahun lamanya kerana rakyat Malaysia tidak lagi bergantung kepada beras bahkan mereka semuanya sudah menjadikan ubi kayu sebagai bahan makanan asas. Lagipun ubi kayu jauh lebih murah daripada beras… Begitukah?

Persoalan yang timbul, kenapa bayaran harus dijelas di pej pos? Tidak bolehlah bayaran dijelaskan di pejabat JPJ serentak dengan pembayaran cukai jalan nanti? Perlukah dengan kiriman wang sedangkan hanya tuan punya kenderaan sahaja yang dibenarkan membuat tuntutan? Khabarnya, setiap rebat yang dibayar, ada komisyen yang diperolehi oleh Pos Malaysia. Kalau demikian, berapa komisyennya? Ke mana pula perginya komisyen tersebut? Benarkah Pos Malaysia milik Scomi? atau milik menantu?

Persoalan-persoalan ini masih berlegar di saat Pak Lah mengajak rakyat berjimat cermat. Jom, maju bersama UMNO, dulu, kini dan selamanya.