YB Salahuddin Tidak Gagal

Kurang setuju saya terhadap suara-suara yang menyatakan YB Salahuddin Ayub gagal semasa berdepan dengan Menteri Harga Minyak dan Barang, YB Dato’ Shahrir Samad malam semalam. YB Salahuddin bagi saya telah berjaya menyampaikan mesej bahawa janji-janji kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam semasa menaikkan harga minyak pada tahun lepas ternyata tinggal janji. Tidaklah dinafikan bahawa ramai lagi tokoh-tokoh yang boleh mengupas soal-soal ekonomi dengan baik namun itu bukanlah bererti bahawa beliau telah gagal. PAS tidak ketandusan tokoh-tokoh yang mempunyai latar belakang ekonomi untuk membicarakan soal kenaikan harga minyak ini.

Lagipun, apalah sangat yang diharapkan dengan satu jam yang amat singkat dari belas ihsan RTM untuk menyampaikan keluh resah rakyat? YB Salahuddin di dalam masa yang singkat sekurang-kurangnya telah melontarkan pelbagai idea bagi menunjukkan bahawa di kalangan pembangkang (baca : kerajaan menanti) sebenanya tidak hanya bercakap kosong sahaja. Bahkan mempunyai perancangan-perancangan yang sekiranya diserahkan teraju kerajaan ini, mereka juga mampu lakukan sesuatu. Harap-harap, mulut Shahrir Samad mengenai ‘bakal Perdana Menteri Pakatan September ini’ menjadi kenyataan.

Video perdebatan boleh diikuti di http://al-qayyim.net/news/index.php?option=com_content&task=view&id=101&Itemid=9

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: