Takziah untuk sahabat saya.. Akhi Abdul Rahman

Lewat sms yang saya terima daripada akhi Mirza cukup-cukup mengejutkan saya. Berita rumah seorang sahabat sedari kecil, akhi Abdul Rahman Hamzah di Kg Panggung, Padang Pak Amat mengalami kebakaran. Abdul Rahman, sahabat saya semenjak berada di alam sekolah menengah, Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong. Beliau sekarang bermukim di Tanah suci Makah. Masih kuat di ingatan, kehadiran saya ke bumi Makkah Disember lepas dilayan olehnya walaupun saya tahu beliau dalam kesibukan yang teramat sangat.

Sewaktu mengunjungi keluarganya selepas tragedi ini, hampir menitis air mata mellihat ketabahan seorang bapa menghadapi ujian keruntuhan sebuah mahligai bahagia yang dibina sekian lama. Pastinya, di situlah terpahatnya kenangan pahit manis membesarkan anak-anak…

Takziah buat akhi Abdul Rahman. Buat sahabat-sahabat ex-mtaq yang tentunya mengenali bekas ketua pengawas 1999, ziarahilah dan utuskanlah salam takziah. Hulurkanlah sedikit bantuan buat meringani bebanan. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan bantuan, boleh salurkan melaluai Bank Islam Sendirian Berhad (BIMB), Hamzah bin Che Will, nombor akaun 03018020025019¬† “Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin, Allah akan melepaskannya dari kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat…” – Maksud Hadis

Bersama-sama sahabat-sahabat di Tanah Suci. Akhi Abdul Rahman ; menanggalkan kopiah.