UMNO Sendiri Perlu Dikenakan Tindakan Disiplin

Apabila seorang ketua UMNO bahagian boleh membuat desakan terbuka agar pemimpinnya dikenakan tindakan disiplin, itu menunjukkan bahawa krisis dalaman UMNO sudahpun sampai ke kemuncaknya. Tidak pernah lagi dalam sejarah Malaysia, umum menyaksikan pemimpin-pemimpin UMNO bertelagah sesama sendiri sedemikian rupa. PAS, sekalipun merupakan musuh politik UMNO melalui presidennya terpaksa mengeluarkan cadangan agar soal rumah tangga UMNO perlu kepada penyelesaian dalaman bukanlah dengan membaling mangkuk pinggan sehingga heboh ke seluruh pelusuk kampung.

 

Hari ini, 4 Jun 2008, sebagaimana laporan Utusan Malaysia menyebut bagaimana Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir mendesak agar Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.

 

Demikian senario yang berlaku kebelakangan ini. Rakyat yang celik semakin dapat melihat belang UMNO selama ini yang hanya berdiri tegak dengan dibantu oleh kuasa yang mereka miliki. Ditunnjangi oleh kekuatan segenap cabang pentadbiran negara, mereka hidup bagaikan hatun jembalang yang bergantung harap kepada habuan telur ayam kampung. Sekiranya bekalan yang diterima berkurangan, akhirnya yang menjadi mangsa ialah tuan mereka sendiri. Semenjak kekalahan mengejut di dalama pilihanraya umum, UMNO tidak pernah sunyi walaupun sehari daripada bergolak. Apa yang berlaku di Perlis dan Terengganu hanyalah dua babak kecil dari berjuta-juta pergolakan yang berlaku di dalam UMNO. Dari negeri sekecil Perlis sehinggalah seluruh negara, UMNO sebenarnya mengalami pergolakan yang maha dahsyat. Di kampung-kampung, jentera akar umbi UMNO bagaikan mati. Tiada lagi suara-suara kedengaran di kedai-kedai kopi, menunjukkan UMNO akan reput sebagaima reputnya bendera UMNO di tiang-tiang eletrik.

 

Maka saban hari, kita melihat permainan politik dalaman UMNO yang menampakkan kewujudan kem-kem yang dinafikan selama ini. Bukan menjadi rahsia bahawa media massa cetak yang dikuasi oleh ‘menantu’ memainkan peranan penting untuk menjatuhkan invididu yang tidak disenangi. ‘Menantu’ walaupun bukan seorang menteri, tetapi mempunyai kuasa yang cukup hebat hingga mungkin bisa menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri.

 

Lalu tidak hairan kalau kita melihat media cetak ini digunakan semaksimum mungkin untuk memastikan ketuanan Melayu (baca : ketuanan anak menantu) terus terbela. Bergegarlah akhbar mencanangkan agar dikenakan tindakan disiplin kepada sesiapa sahaja yang ingkar atau kelihatan ingkar dengan titah Presiden UMNO. Memang, pada zahirnya yang bersuara ialah seorang ketua UMNO bahagian, tetapi getar nada suara jelas sekali milik ‘menantu’. Bahkan jika merujuk kepada laporan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk Anwar diramal masuk UMNO? maka akan kelihatan frasa ayat “”Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara,” Suara siapakah lagi ini kalau tidak getaran nada ‘menantu’?

 

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, UMNO itu sendiri perlu dikenakan tindakan disiplin. Perjuangan berteraskan wang ringgit yang ditaja oleh UMNO tidak akan sampai ke mana. Ia hanya boleh memberikan kekenyangan sehari dua, juga boleh menghasilkan sendawa dan kentut busuk, tetapi tidak mampu untuk bertahan lama. Perjuangan UMNO yang tidak pernah mahu bertunjangkan agama pastinya dimurkai oleh Allah SWT. Lantas, di atas dasar apa mereka mahu bersatu? Malah, tidak keterlaluan sebenarnya, UMNO sendirilah yang patut dikenakan tindakan disiplin. Kepada penyokong-penyokong UMNO, bubarkan sahaja UMNO, terjunlah dari kapal yang akan karam dan marilah menaiki bahtera yang diredhai daripada anda terus belayar dan akhirnya lemas.

 

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: